Tuesday, March 1, 2016

Semua Orang Ada Impian Dan Matlamat

Semua Orang Ada Impian Dan Matlamat




Yup!

Semua orang ada impian dan matlamat termasuklah diri saya. Ada orang bekerja dengan majikan berpuluh-puluh tahun tanpa bertukar kerja sebab matlamatnya tercapai kerana minat dalam kerjayanya.

Ada juga orang memilih untuk memulakan bisnes sendiri selepas berpuluh tahun bekerja dengan orang lain kerana mereka bermatlamat untuk berdikari dan menjadi seorang pemilik perniagaan.

Saya, memilih untuk menjadi pemilik bisnes kerana saya mahu bisnes saya dapat diwarisi atau dilegasi pada masa akan datang. Menjalan perniagaan sendiri, saya dapat berkongsi rezeki dengan orang lain dan membantu orang lain juga mendapatkan impian dan matlamat mereka.

Alhamdulillah, sejak saya menjalankan perniagaan sendiri pada 2008 sehingga sekarang, telah ramai yang dapat saya bantu dan berkongsi rezeki bersama mereka. Perkongsian rezeki ini bukan sekarang terhad kepada peluang menjalankan bisnes, malah berkongsi idea, bisnes, panduan, tunjuk ajar ini juga adalah rezeki buat mereka yang menghargai.

Tahun 2015 adalah tahun yang banyak mengukir kejayaan di mana telah ramai di kalangan mereka yang berjaya menjana pendapatan tambahan dengan menjual produk Gel Gambir Jantan keluaran syarikat saya.

Dengan sokongan dan sambutan luar biasa, permintaan yang sangat tinggi membantu produk ini dipasarkan sehingga ke beberapa negara.

Saya pernah disapa oleh seorang rakan niaga saya, "Bang, boleh ke saya jual produk ni sampai 1000 unit sebulan?"

Jawab saya, "Kenapa tidak boleh?"

Jika kita tahu channel yang betul, jika kita kenal siapa target market kita yang sebenar, jika kita tahu macam mana nak setup strategi pemasaran kita, bukan setakat nak jual 1000 unit sebulan, lebih dari itu pun boleh!

Sebab itulah, jika kita bermatlamat, pastikan matlamat kita jelas.

Nak jual banyak mana? Nak jual berapa unit sehari? Apa gerak kerja yang boleh menjadikan jualan harian tercapai?

Tulis dan visualkan.

Kalau kita buat kerja sorang-sorang, tanya semula diri. Boleh ke tak aku packing 50 unit sehari? Boleh tak aku buat jualan 1000 unit sebulan sorang-sorang? Atau memang aku perlukan bantuan seseorang?

Buat kerja sorang-sorang memang boleh buat duit. Jika kerja dalam pasukan, lebih banyak duit kita boleh buat.

Kita nak lihat impian dan matlamat kita tercapai. Adakah dengan kerja sorang-sorang impian kita tercapai lebih cepat ataupun kerja dengan pasukan, ia boleh shortcutkan jalan untuk capai impian tu?

Jumpa lagi,

Noorizam Shah



Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search