Monday, April 4, 2016

3 Idea Pemasaran Luar Biasa

3 Idea Pemasaran Luar Biasa



Anda nak boost sales anda? Nak make sure pelanggan lebih yakin membeli produk anda?

Saya kongsikan 3 idea pemasaran luar biasa yang boleh anda praktik dalam perniagaan anda:

1. Berikan Jaminan Wang Dikembalikan.
Sekiranya anda yakin bahawa produk anda mampu menyelesaikan masalah pelanggan anda, sila berikan jaminan wang dikembalikan. Pelanggan anda pasti tidak ragu-ragu untuk mencuba dan membeli produk anda kerana mereka berasa selamat dan tidak rugi jika mencuba dan tidak mendapat sebarang manfaat daripada produk anda.

2. Berikan sesuatu yang percuma.
Satu lagi cara untuk melariskan produk anda adalah dengan menawarkan sesuatu yang percuma. Sebagai contoh mereka membeli Gel Gambir Jantan. Anda boleh tawarkan kos penghantaran percuma, tshirt atau woven beg percuma. Jika anda menjual servis perkhidmatan, anda boleh berikan mereka pen atau buku yang tertera nama syarikat anda kepada mereka.

3. Testimoni Pelanggan
Bina dan kumpul seberapa banyak testimoni pelanggan yang pernah mencuba produk anda. Jika tidak ada, gunakan testimoni anda sendiri atau orang yang rapat dengan anda sebagai bukti bahawa produk anda telah berjaya membantu menyelesaikan masalah. Pembeli di Malaysia lebih tertarik dengan testimoni-testimoni pengguna yang telah berjaya.

Pemasaran yang betul adalah mengenalpasti sasaran pelanggan yang betul. 

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search