Monday, May 23, 2016

Lokasi Terakhir TM SME BizFest 2016 di Kuala Lumpur

Lokasi Terakhir TM SME BizFest 2016 di Kuala Lumpur



Ini adalah bulan terakhir untuk anda menyertai peluang networking bersama kumpulan usahawan hebat di KL!

TM SME BizFest 2016 bakal menutup tirainya pada 31 Mei 2016 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Tahun lepas saya dah ikuti program anjuran TM ni di Sunway Pyramid Convention Centre dan banyak peluang yang saya temui untuk manfaat dan perkembangan perniagaan saya.

Kalau anda yang sedang mengintai peluang, saya cadangkan anda hadir dengan mendaftar di www.tm.com.my/smebizfest sekarang. Dijangka seat tempat duduk percuma bakal habis bila-bila masa sahaja.

Program dijangka bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada 5.30 petang.

Anda tak perlu risau sangat sebab program ni turut menyediakan makan tengahari. Jadi, anda tidak akan berasa perut kosong dan boleh sambung sesi petang dengan lebih bertenaga :)

Saya difahamkan pada hari itu, antara penceramah yang akan melakukan perkongsian ialah tuan Khaidhir Elias, Naib presiden jualan konsumer & SME TM, Tuan Teoh Wee Kiat, pengasas BurgerLab, Mr. Manfred Meyer, Ketua Pembangunan Perniagaan, Lazada Malaysia dan Puan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Pengarah Urusan, Nouvelle Beauty Center Sdn Bhd.

Pada anda yang rasa nak join dan free time tu, boleh la daftar dan tambah ilmu di dada. Kalau usahawan terkenal pun ramai yang hadir, kenapa tidak anda? Inilah peluang dan waktu terbaik untuk anda mendekati mereka secara percuma!

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search