Thursday, January 1, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Selamat Tahun Baru 2015



Sebelum terlewat, saya nak ucapkan selamat tahun baru 2015 buat pembaca blog NoorizamShah.net
Terima kasih kerana sentiasa melayari blog ini. Di harap apa yang kita rancang dan impikan akan dapat dicapai dengan jayanya.

Saya juga berdoa semua kita dijauhkan dari musibah dan dugaan seperti mana tahun lalu.
Sudah banyak tragedi pilu yang berlaku kepada kita dan negara.
Untuk usahawan yang baru nak bertapak,  cabaran sudah pasti menanti anda semua. Namun jangan takut dan gentar.

Dalami ilmu bisnes dengan lebih serius lagi. Pastikan anda hadir ke program-program bengkel dan seminar yang lebih menumpukan perkara praktikal seperti pembangunan produk dan jenama, pendaftaran syarikat dan pengurusan, mentadbir dan menguruskan dokumen, pemasaran dan jualan serta perkara-perkara yang berkaitan.

Anda boleh hadir ke program pembangunan diri dan motivasi. Namun cadangan saya lebihkan ke program yang mengajarkan anda perkara secara praktikal.

Kejayaan anda bukan berdasarkan berapa banyak program yang anda sertai.
Kejayaan sebenar anda ialah bagaimana anda menggunakan pengalaman dalam mengembangkan bisnes.

Kejayaan itu akan anda perolehi selepas anda mengharungi cabaran sebenar berbisnes.
Jangan lupa daftar syarikat perniagaan. Sekarang ni siapa-siapa yang menjalankan bisnes di internet tidak kira secara sambilan dan kecil-kecil diwajibkan untuk memiliki no pendaftaran syarikat.
Jika tidak kita dikatakan menjalankan perniagaan secara tidak sah atau haram dan boleh didakwa oleh undang-undang kerajaan.

Berniagalah secara sihat. Praktikkan kaedah pemasaran dan jualan di platform yang berpotensi dan bersesuaian.

Tidak semua bisnes itu sesuai dalam sesuatu platform. Kaji dan fahaminya.
Kita ada facebook, instagram, twitter, ebay, lelong, blog, ecommerce, minisite dan macam-macam lagi.

Ambil tahu platform ini. Lihat di mana trend pengguna internet berada.
Saya doakan kejayaan demi kejayaan untuk anda di tahun 2015 ini.
Doakan saya juga.

Jumpa lagi,
- Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search