[Lelong.my]: Nasihat Terbaik Untuk Jual Produk Di Sini



Lelong.my

Plaform jual beli ini  lebih lama dari Mudah.my dan Facebook. Ramai penjual tempatan memilih lelong.my sebagai tempat menjual dan membeli produk.

Lelong sangat popular dengan produk-produk trend seperti gajet, smartphone, aksesori dan macam-macam lagi. Kini web lelong telah berubah wajah dan format.

Kita dah boleh beli produk dalam format buy now seperti mana format di eBay. Malah produk-produk lain seperti pakaian, kecantikan dan kesihatan semakin banyak dijual.

Saya ada satu akaun di web lelong sejak tahun 2008. Walau pun tidak aktif menjual, namun saya boleh katakan ia masih platform yang berpotensi untuk kita jual produk di internet.

Setakat ni ada beberapa produk saya terjual di web lelong. Apa yang saya boleh katakan.. menjual produk  di lelong menggunakan store serta dihubungkan dengan kaedah bayaran menggunakan kad kredit, lebih menggalakkan pembeli membeli produk kita.

Nasihat terbaik, untuk menjual produk di web lelong.my, anda perlu ada:

- Store
- Netpay

Ada banyak kelebihan bagi mereka yang melanggan store di lelong.my. Dengan potensi traffik/pelawat yang tersedia ada, kebarangkalian produk kita dibeli juga tinggi jika:

- Produk yang membantu menyelesaikan masalah pengguna
- Gambar yang menarik
- Harga yang menarik
- Kaedah pembayaran yang mudah
- Penghantaran cepat dan selamat

Seller-seller Sarawak dan Sabah pun hebat juga guna platform lelong.my ni sebagai tempat menjual. Terbaiklah!

Kepada anda,

Jangan sekat platform untuk menjual produk kita. Ambil peluang limpahan traffik di internet dan tukar mereka menjadi pembeli produk anda!

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
www.kuasalelong.com



Anda mungkin berminat

web lelong

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah