Saturday, January 3, 2015

[Belajar eBay]: Yuran Listing Produk di eBay

[Belajar eBay]: Yuran Listing Produk di eBay


Bila kita nak jual produk di eBay, kita kena tau mana pasarannya. Di eBay ada banyak pasaran. Penjual di Malaysia biasanya akan listing produk di eBay Malaysia, eBay USA, eBay UK dan eBay Australia. Ada juga penjual yang listing produk di eBay Jerman.

Setiap pasaran ada polisi masing-masing. Apabila kita buat listing, akan ada yuran-yuran yang akan dikenakan kepada penjual. Sebagai contoh, jika kita listing di eBay Malaysia, semua yuran yang dikenakan kepada kita adalah dalam nilai Ringgit Malaysia.

Bila kita listing di eBay USA, semua yuran akan dikira dalam nilai US Dollar. Kadar yuran bagi setiap platform ini adalah berbeza.

Listing insertion fee antara eBay USA dan eBay Australia tidak sama kadarnya.


Jelas sekali, jika menjual di eBay Malaysia juga, kadarnya adalah berbeza. Secara asasnya, jika anda listing produk di eBay Malaysia, insertion fee bagi listing dalam format auction dan buy it now, yurannya adalah percuma.

Untuk dapatkan lebih detail cara pengiraan fees ini, anda boleh rujuk link help bagi setiap pasaran eBay. Sebagai contoh link untuk maklumat fees:

eBay Malaysia:  http://pages.ebay.com.my/help/sell/fees.html
eBay USA: http://pages.ebay.com/help/sell/fees.html
eBay Australia:  http://pages.ebay.com.au/help/sell/fees.html
eBay United Kingdom:  http://sellercentre.ebay.co.uk/selling-fees

Sebagai seller baru, anda boleh cuba buat listing pertama anda, ikutlah marketplace mana yang anda nak fokus. Ikut panduan seperti yang ditunjukkan dalam ebook KuasaLelong, fahami fees-fees yang lain. Setiap format yang diberikan dalam listing ada kelebihan masing-masing.

Berniaga ini memang ada cara percuma dan berbayar. Tidak akan ada semua yang percuma dan pasti juga ada cara yang tidak berbayar. Pilihan di tangan anda.

Jika kita mahu income, kena juga perlu buat pengeluaran. Tiada pengeluaran, tiada pendapatan. Fahamkan asas ini. Belajar secara percuma itu boleh. Berniaga secara percuma itu boleh.

Tapi sampai bila kita mahu yang percuma sahaja! Kan?

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Usahawan Internet sejak tahun 2008





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search