Selamat Menyambut Tahun Baru 2013


Selamat tahun baru!

Bertemu kita dalam kalendar baru yang lebih segar. Ada yang nak reset semula matlamat hidup dan ada juga yang meneruskan apa yang telah dirancang tahun-tahun sebelum ini.

Bagi anda yang telah memasang azam tahun baru 2013 ini, pastikan anda dapat mencapainya dalam tempoh 365 hari ini. Tulis matlamat di atas kertas. Pastikan matlamat anda dibuat setiap suku tahun.

Maknanya, ada suku tahun pertama, suku tahun kedua, suku tahun ketiga dan keempat. Saya doakan semoga setiap daripada anda berjaya mencapai matlamat dan impian yang disasarkan. Realisasikan ia dengan memiliki mentor yang boleh memandu kita sepanjang tahun 2013 ini, mendalami ilmu sedalam mungkin, menggunakan strategi yang berkesan dengan tindakan yang bijaksana.

Jika tahun 2012 kita tak berubah, pastikan 2013 ini menjadi titik permulaan.

Bagi mereka yang menghubungi saya melalui emel, telefon, sms dan facebook, bertanya mengenai penyertaan seminar eBay dan Dropship, anda boleh layari web http://www.sertaiseminar.com

Jangan bertangguh lagi. Jangan wujudkan pelbagai alasan. Yang lingkari pemikiran kita dengan kata-kata negatif sehingga menghalang untuk kita mendapatkan ilmu yang berharga. Percaya pada diri anda. Yakin pada kemampuan anda. Tahun 2013 adalah tahun anda mengukir banyak kejayaan dan kekayaan!

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://www.facebook.com/noorizamshah


Anda mungkin berminat

ucapan

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah