Thursday, January 10, 2013

Minggu ini Seminar Asas Photoshop Artsnow di Kuala Lumpur

Minggu ini Seminar Asas Photoshop Artsnow di Kuala Lumpur

Tahniah kepada peserta Seminar Dropship Artsnow + eBay yang telah hadir pada 6hb Januari 2013 yang lalu. Fullhouse nampaknya slot kali ini. Terima kasih juga kepada peserta yang sanggup datang dari Sarawak semata-mata untuk mendalami bisnes ini. Patutnya peserta di Semanjung rasa tercabar dengan semangat yang ditunjukkan peserta ini.

Seperti seminar yang lalu ramai juga insan-insan yang bekerjaya hebat datang ke program ini. Antaranya jurutera, arkitek, akauntant, pegawai kerajaan, pensyarah kolej dan sebagainya. Pelajar IPT pun ada juga yang datang.



Bagi meneruskan kesinambungan kejayaan program ini, hujung minggu ini kami akan adakan seminar Asas Photoshop Artsnow di Kuala Lumpur. Ini bagi membantu peserta yang mengikuti seminar Dropship Artsnow + eBay untuk mendalami asas bagaimana menghasilkan impak jualan berganda dengan hanya menggunakan design yang memukau pelanggan.

So, kami telah pun menerima pendaftaran peserta dan ia memang tertutup dan terhad kepada mereka yang telah mengikuti seminar Dropship Artsnow + eBay sahaja. Kepada mereka yang berada diluar sana, saya minta maaf sangat-sangat. Buat masa ini memang tiada kouta untuk anda.

Jadi, jika ingin mengikuti dan mendalami bisnes ini, anda boleh hadiri program kami seperti berikut:


Seminar Dropship Artsnow + eBay Selangor - 27hb Januari 2013
Seminar Dropship Artsnow + eBay Sabah - 31hb Mac 2013

Namun penyertaan untuk lokasi ini adalah terhad. So jika ingin mendaftar, pastikan anda melakukan pendaftaran dengan segera. Caranya, layari web http://www.sertaiseminar.com




Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search