Wednesday, August 29, 2012

Petua Untuk Hilangkan Batuk Kering

Hari ni masuk hari kedua saya alami batuk-batuk. Batuk yang tidak berkahak. Batuk kering. Hari ini pun dah cuba minum ubat batuk cap ibu dan anak. Lega sekejap je. Lepas tu minum ubat batuk klinik, ubat ni mengantuk tetapi tak melegakan. Malah lagi batuk-batuk.

Makan Dequadin pun lega sekejap juga. Kemudian saya cuba ajukan soalan di facebook page kot-kot ada kawan-kawan yang sudah cadangkan idea macam mana nak kurangkan gejala batuk kering ini.

Dah lah esok ada meeting dengan Dato. Hujung minggu pula ada seminar dan kena sampaikan talk. Minggu depan talk sekali lagi di SSM Sentral KL.

Memang cabaran hari ini. Rongga tekak ni rasa macam pedih dan luka je. Berikut adalah cadangan atau petua dari rakan-rakan facebook:

1. Try ambil madu
2. minum air asam jawa suam panas.. tak perlu campur gula
3. Minum air madu dan makan kurma.. Selawat dan niat nak sembuh
4. Sedut wap air panas
5. Air suam campur madu, campur limau nipis atau lemon

Atau anda ada cadangan lebih baik lagi?

Noorizam Shah

No comments :

Post a Comment