Melodi Terapi Untuk Fokus Menyiapkan Tugasan

Salah satu cara untuk saya mendapatkan ketenangan untuk menulis, melakukan kerja di depan komputer adalah memutarkan melodi indah di dalam video yang diambil dari Youtube.

Mungkin cara saya berbeza dengan anda tetapi ini adalah salah satu cara terapi minda yang mampu memberi ketenangan dan fokus saya untuk menyiapkan satu-satu assignment.

Bagi anda yang bekerja dan sering berada di depan komputer, video ini boleh membantu fokus anda.

Bagi anda yang sedang belajar, video ini boleh membantu anda fokus untuk mendatangkan mood mengulangkaji dan belajar tengah malam.

Bagi anda yang pemarah, video ini boleh membantu anda menyejukkan hati.

Bagi anda sukar bercuti, video ini mampu membawa gambaran percutian tepi pantai untuk anda.

Nota: Video ini hanyalah sekadar terapi sampingan. Terapi terbaik sebenarnya dengan mengambil air sembahyang dan solat.

Semoga anda juga sukakannya. :)

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://facebook.com/noorizamshah

Anda mungkin berminat

youtube

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah