Facebook Page Sertai Seminar

Baru-baru ini saya telah meluangkan masa untuk bersama dengan rakan-rakan dari group facebook "Persatuan Usahawan Internet Malaysia" untuk berbuka puasa bersama di Menara Usahawan, Putrajaya.

Program ini adalah anjuran Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) bersama forum WangCyber. Saya telah menerima jemputan peribadi dari Presiden PUIM, saudara Gero Azrul dan dengan kesempatan ini saya berpeluang bertemu dengan rakan-rakan siber yang telah lama terlibat di dalam perniagaan di internet.

Antara mereka ialah saudara Zamri Nanyan, Jamal "Pakar eBook", Adly "Flarebiz", Razif Yusof, Shuth "pengasas WangCyber" dan ramai yang buat pertama kali bersua muka.

Antara acara penting selain sesi mengeratkan silaturahim, sesi petang itu juga memberi 'highlight' untuk program Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata. Saudara Jimiey telah diberikan kesempatan untuk menerangkan serba sedikit perjalanan program ini dan alhamdulillah, petang itu PUIM berjaya mengumpul sejumlah sumbangan dalam bentuk wang tunai khusus untuk program kebajikan ini.

------------------------------------------------------------

Bercerita mengenai program Seminar Dropship Artsnow + eBay, kami telah pun menerima penyertaan dari beberapa peserta. Kami jangkakan beberapa lagi penyertaan akan diterima memandangkan ramai yang tak mahu melepaskan peluang untuk mempelajari bagaimana untuk menjana pendapatan 4 angka di eBay biar pun masih bekerja makan gaji.

Berdasarkan daripada penyertaan peserta lalu, ramai yang berjaya membina pendapatan kedua mereka malah menerima pendapatan lumayan lebih hebat daripada gaji utama mereka.

Untuk seminar kali ini, saya akan beri fokus kepada bagaimana peserta seminar boleh menghasilkan pendapatan melalui dropship Artsnow dan membina pendapatan konsisten dengan hanya melaburkan sedikit wang untuk mendalami ilmu perniagaan ini bersama saya.

Seperti yang anda lihat di laman web http://sertaiseminar.com, saya pasti ramai yang tidak mahu lepaskan peluang ini. Sukan olimpik yang sedang berlangsung kini, ramai yang mendapat "pendapatan segera" dan sudah pasti penghujung tahun ini, satu lagi "acara besar" bakal tiba.

Untuk anda yang mahukan tips atau info terkini mengenai program "Sertai Seminar" pastikan anda melayari facebook fan page di http://facebook.com/sertaiseminar dan jangan lupa mendaftar di seminar kami pada 2hb September 2012 ini.

Lupakan seketika kehangatan berhari raya. Tibalah masanya kita menghasilkan wang, bukan meleburkan wang semata-mata untuk memastikan hari raya kita tahun ini lebih hebat daripada tahun-tahun sebelumnya.

Dalam setahun, kosongkan hari penting pada 2hb September 2012 ini untuk mempelajari ilmu buat duit yang bermanfaat. Yang pasti, ilmu ini bukan untuk guna sekejap tetapi anda boleh guna selagi eBay masih relevan untuk dunia.

Sebagai menghargai mereka yang membuat PENDAFTARAN AWAL selewat-lewatnya sebelum 15hb Ogos 2012 ini, saya akan berikan satu BONUS PERCUMA merupakan pendedahan beberapa niche untuk DUA LUBUK DROPSHIP terbesar yang mana salah satunya jika produk terjual mampu memberi keuntungan bersih antara RM100-RM300 seunit.

Tetapi BONUS ini terhad untuk mereka yang mendaftar selewat-lewatnya sebelum 15hb Ogos 2012 ataupun dalam kiraan siapa cepat dia dapat. Kouta untuk penyertaan ini maksima 30 orang sahaja. Jika didapati sebelum 15hb Ogos 2012, penyertaan mencecah 30 orang, BONUS ini akan ditarik semula. Tiada pemberian bonus buat mereka yang membayar yuran penyertaan selepas 15hb Ogos 2012.

Sekali lagi, link untuk daftar seminar ini: http://sertaiseminar.com

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://fb.com/noorizamshah


Anda mungkin berminat

sertai seminar

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah