Tuesday, October 4, 2011

Kepada Beberapa Teknik Dan Strategi di eBay Tidak Boleh Dibincang Secara Terbuka?

Kepada Beberapa Teknik Dan Strategi di eBay Tidak Boleh Dibincang Secara Terbuka?




Selamat pagi,

Ketika saya menulis blog ini, jam di notebook menunjukkan jam 2 pagi. Sambil-sambil burn disc DVD Video Lubuk Duit, saya nak kongsikan sedikit info kenapa agak sukar menjumpai sesuatu infomasi mengenai eBayer terutama teknik dan strategi.

Ada orang kata eBayer Malaysia ni berpuak-puak. Terlampau banyak grup dan kumpulan? Betul ke? Anda jawap sendiri. :)

Apa pun bisnes yang kita lakukan walaupun kita berniaga dilapangan yang sama, biarlah kita saling hormat-menghormati, tidak bermusuh-musuhan antara satu sama lain. Jika ia berlaku, biarlah dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Baiklah, jika anda mencari maklumat mengenai eBay terutama di blog, facebook, agak sukar untuk anda mendapatkan sesuatu perkara yang anda ingin tahu secara terperinci.

Kebanyakan kumpulan eBayer ini, mereka ada komuniti dan grup tersendiri. Boleh dikatakan banyak grup yang wujud di facebook adalah grup tertutup dan hanya melalui jemputan sahaja seseorang itu boleh masuk ke grup-grup ini. Di Facebook, saya turut menyertai beberapa grup antaranya group eBayer yang terdiri dari mereka yang bergelar eBayer Tegar.

Di dalam group ini banyak teknik, strategi, masalah berbangkit dibincangkan dan dikongsikan. Banyak perkara-perkara yang mungkin tidak ada di dalam sebarang buku panduan asas eBay dibincangkan disini.

Memandangkan beberapa polisi di eBay dan Paypal telah diperbaharui, memang tidak digalakkan isu-isu sensitif dibincangkan secara terbuka lebih-lebih lagi mereka yang suka mengamalkan teknik-teknik blackhat atau sebarang cara yang boleh melanggar polisi di eBay. Saya bimbang, jika perbincangan-perbincangan mengenai teknik-teknik pintu belakang banyak didedah dan dibincang secara umum, saya khuatir polisi di eBay akan bertambah lebih ketat pada masa akan datang.

Berhati-hati semasa membincangkan isu-isu sensitif kerana anda tidak kenal siapa mereka di forum, facebook dan blog ketika anda rancak membincangkannya sedangkan terdapat begitu ramai silent reader yang mungkin menjadi mata dan telinga. Faham maksud saya?

Jadi pesanan buat eBayer-eBayer tegar, elakkan perbincangan terbuka mengenai isu-isu ini di forum, blog, facebook atau dimana-mana medium terbuka. Jika nak berbincang, bolehlah adakan pertemuan kecil seperti sesi teh tarik dan sebagainya.

Kita tidak mahu terjadi nanti seperti kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Jumpa lagi,


Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search