Thursday, January 28, 2021

10 Cara Atasi Masalah Senggugut Teruk Wanita Muda

10 Cara Atasi Masalah Senggugut Teruk Wanita Muda

 


Masalah paling teruk yang dihadapi oleh ramai wanita muda sama ada belum berkahwin atau telah lama berkahwin adalah senggugut. Sakit ni orang lelaki apa tahu? Tak boleh bawak bincang tau!

Kalau tak diatasi, ia boleh jadi stress, mood down, semua benda tak jadi, rasa nak marah, lapar dan macam-macam lagi. Orang ingat nak senggugut ni boleh hilang macam tu je. 

Sebenarnya ia boleh diredakan dengan beberapa keadaaan. So kat bawah ni dikongsi cara untuk atasi masalah senggugut yang teruk di kalangan wanita muda.


Ada beberapa kaedah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk antaranya:

1. Melakukan senaman ringan

Pemerhatian dan kajian kesihatan menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yang dirasai.

2. Amal pemakanan seimbang

Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat dengan mengambil makanan tambahan yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.

3. Minum air hingga dua liter

Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya satu setengah hingga dua liter dalam sehari. Teh suam tanpa gula juga boleh membantu melegakan senggugut.

4. Tuam guna beg kulit 

Boleh tuam menggunakan beg plastik atau beg kulit yang berisi air suam di bahagian bawah perut untuk mendapatkan kelegaan.

5. Mandi air suam 

Mandi air suam juga dikatakan dapat mengurangkan ketidakselesaan akibat senggugut.

6. Tekanan 

Tekanan juga dikatakan boleh menyebabkan senggugut. Jadi pelajari kaedah untuk menguruskan tekanan dengan baik.

7. Diet 

Bagi sesetengah wanita, diet juga memainkan peranan. Kurangkan atau elakkan makanan manis, berlemak, makanan berproses dan mengandungi kafein kerana ia boleh merangsang sakit senggugut. Antara makanan yang disarankan adalah kekacang, badan, tomato, lada benggala dan sayur berdaun hijau gelap.

8. Halia 

Halia juga dikatakan dapat membantu melegakan masalah senggugut khususnya sebelum haid. Jadi, masukkan lebih halia dalam masakan anda. Boleh juga minum teh halia yang disediakan sendiri.

9. Urutan 

Urutan pada abdomen selama lima minit sehari boleh membantu melegakan senggugut kerana ia menggalakkan aliran darah.

10. Ambil ubat 

Akhir sekali, boleh mengambil ubat atau pil penahan sakit yang ringan. Jika tidak berkesan, boleh gunakan ubat penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen beberapa hari sebelum kedatangan haid.


Tips tambahan: Cari Herba Cina nama dia Horny Goat Weed dan Bu Ghu Zi. Dua campuran herba ni membantu menstabilkan semula hormon dalam badan wanita serta memperbaiki kitaran haid. Ramai dah wanita muda yang kembali sihat dari senggugut selepas amalkan herba. 


Kalau tak jumpa kat kedai tabib cina, boleh je google nama herba ni... herba episor. Herba ni selain manfaat kepada kesihatan lelaki, ia juga boleh diambil orang wanita dewasa. 100% selamat, berdaftar dengan kementerian kesihatan malaysia dan ada halal jakim.




Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search