Thursday, April 6, 2017

Apa Ada Kat MIHAS 2017. Apa Yang Korang Nak Cari?

Apa Ada Kat MIHAS 2017. Apa Yang Korang Nak Cari?


Ini yang aku dapat kat MIHAS 2017,

1. Kalau kat pergi event macam ni, pastikan kau pakai sport shoes sebab kau akan melangkah lebih 10,000 langkah dari Hall 1 sampai Hall 6.

2. Kalau korang register online kat website MIHAS pun, nanti sampai kat sana korang kena beratur juga untuk ambil badge dan waktu sistem diaorang down, korang kena register sekali lagi. Pastikan korang bawa bisnes kad untuk dapat masuk as Trade Visitor.

3. Ya, Trade Visitor nak masuk kena ada badge dan hanya dibuka selama 3 hari sahaja. Sebab hari terakhir akan dibuka pada public.

4. Aku cadangkan kalau korang nak mudah dapat parking, sila parking bukan dalam radius berdekatan dengan KLCC Convention Center melainkan korang memang plan nak sampai pagi. So boleh dapat parking basement kat area Trader Hotel.

5. Korang kena fokus pada apa yang korang nak cari. Dalam ni ada banyak exhibitor dari pelbagai negara. Semua provide produk atau service berlandaskan Halal.

6. So kalau korang jumpa peluang yang bagus untuk korang buat utk pasaran Malaysia atau Luar Negara, jangan lupa minta detail exhibitor tu seperti contact number, bisnes kad, brochure, sample produk dan terbaik korang cepat-cepat keep in touch dengan diaorang. Cara paling cepat, hantar email atau whatsapp. Supaya dia ingat siapa korang.

7. Kat sini banyak produk-produk berasaskan makanan. Teknologi dan raw metarial pun banyak.

8. Aku kat sini selain nak tengok produk pempamer, aku juga dapat beberapa oppournity untuk bisnes aku. Antaranya aku dapat kenal pembekal-pembekal raw material untuk kilang aku.

9. Aku tertarik dengan beberapa teknologi pembuatan produk makanan. Buat masa ni niat tu kena hold dulu. Kang hilang fokus pulak. Huhuhu

10. Kalau kau nak pergi, cadang aku pergilah dalam keadaan santai sebab kau perlu habiskan banyak masa dalam hall ni, lihat satu persatu pameran. Jangan skip sebab rugi kalau ko tak tengok depan mata yang mana produk diorang ni banyak yang bagus dan berpotensi. Tak dapat jadi investor, dapat ambil pengalaman pun jadilah.


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search