Tuesday, October 27, 2015

Panduan Menjaga Bayi Baru Lahir Buat Anda Yang Pertama Kali

Panduan Menjaga Bayi Baru Lahir Buat Anda Yang Pertama Kali


(Gambar dipetik dari:  www.goaskmum.com.au)


Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak kami yang ke-3. Saya bersyukur, anak dan isteri saya berada dalam keadaan baik dan sihat.

Biar pun proses bersalin terpaksa dilakukan secara pembedahan, ianya hanya mengambil masa 20 minit.

Dapat juga saya melihat bagaimana doktor melakukan pembedahan perut isteri saya dan waktu bayi saya dikeluarkan dari perut isteri, ungkapan syukur Alhamdulillah tak henti-henti dilafazkan.

Memandangkan kelahiran anak-anak kami juga melalui pembedahan, 

Saya dan isteri mengambil keputusan yang sangat sukar dengan melakukan pembedahan untuk mengikat saluran peranakan isteri. Keputusan yang berat ini dipilih bagi memastikan isteri saya tidak menanggung risiko nyawa dan kesihatan pada masa akan datang.

Sekarang adalah minggu penting saya untuk uruskan anak ke-3 saya yang baru lahir. Saya perlu pastikan dia terus membesar dengan sihat dan sempurna.

Bagi mereka yang baru pertama kali menimang cahayamata, sistem tubuh bayi kita masih belum berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan suasan baru setelah kira-kira 9 bulan berada dalam kandungan.

Kalau kita perasan, kulit bayi mungkin sedikit kering dan mengelupas. Keadaan ini disebabkan penghasilan minyak oleh kulit bayi yang baru lahir masih belum stabil.

Bayi yang baru lahir juga biasanya terdapat bulu halus terutama di bahagian telinga dan belakang bayi. Bulu halus ni akan gugur dari semasa ke semasa. Kita juga jangan rasa risau sangat jika melihat terdapat tompok-tompok merah seperti ruam di hidung dan beberapa bahagian badan yang lain. Ia akan hilang apabila tubuh bayi semakin membesar.

Adalah normal jika ada sesetengah bayi yang baru lahir mengalami demam kuning atau jaundis pada hari kedua hingga ketiga kelahirannya. Ia kerana organ hati bayi baru nak bertindak balas secara sempurna. Namun, janganlah kita pandang ringan kerana jika tidak dipantau, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Kalau kita tanya doktor pakar, mereka tidak mencadangkan kita memberi bayi atau ibu minum susu kambing kerana tidak ada kajian yang menunjukkan susu kambing membantu meredakan masalah jaundis sebaliknya doktor menggalakkan ibu menyusukan anak dengan susu ibu.

Kebanyakan bayi baru lahir lebih gemar untuk tidur daripada berjaga, terutama dalam minggu pertama kelahiran. Terbaik kejutkan bayi setiap 2 jam untuk disusukan untuk mengelakkan jaundis.

Kalau kita tengok cadangan doktor, memang disyorkan untuk menyusukan anak setiap 2 jam supaya sistem tubuh badan bayi dapat bekerja dengan baik berbanding berehat.

Kelenjar susu bayi baru lahir boleh menghasilkan susu. Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi.

Tips, 

Bayi baru lahir suka dibedung kerana berasa selamat seolah-olah berada dalam rahim ibunya.


Berikut adalah artikel yang saya petik dari internet.


Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir:
1. Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi sejuk.

2. Sediakan segala  kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung tangan dan kaki, barut, minyak dsb sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dgn baik dan lancar, dan anda turut berasa lebih tenang.

3. Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan 'alcohol swab' yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain. Jika pangkal tali pusat itu merah dan membengkak, mintalah nasihat daripada doktor. Adalah perkara biasa jika terdapat sedikit pendarahan atau cecair keluar, tetapi ia sepatutnya hanya untuk beberapa hari sahaja.

4. Tuam perut dan ari-arinya dengan kain atau daun sirih yang dipanaskan dengan seterika untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.

5. Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak bayi untuk beri keselesaan kepadanya.

6. Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.

7. Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.

8. Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan ruam lampin.


9. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya. 

10. Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-oleh berada dalam perut ibunya.

11. Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkannya  kembung atau muntah.


12. Susukan bayi anda sekerap yang mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia hanya ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena.


13. Berikanlah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Jangan berikan si kecil anda selain susu ibu, hatta air masak sekalipun sepanjang 6 bulan tersebut. 

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search