Tahun Yang Baik, Tahun Yang Baik



Tidak ada tahun yang tidak baik melainkan ia baik-baik belaka.

Setiap kita akan diberi rezeki oleh Allah dalam pelbagai bentuk. Ada yang dapat zuriat, ada yang dapat kenderaan yang baik, ada yang dapat rumah yang baik, ada yang dapat pekerjaan yang baik dan ada yang dapat pendapatan yang baik.

Tidak kurang rezeki seseorang itu dengan amalan bersedekah jariah.

Alhamdulillah, tahun lepas bisnes dan ekonomi saya diuji Allah. Tahun ini Allah limpahkan kembali rezeki yang tak disangka-sangka.

Isteri saya kini sarat mengandung anak yang ketiga dan saya bersyukur juga bisnes saya berkembang sangat bagus tahun ini.

Diberi staff yang komited membantu dan rakan niaga yang bersungguh-sungguh untuk hasilkan jualan hebat setiap bulan.

Saya berfikir begini,

Jika kita nak dapatkan rezeki yang baik, kita perbetulkan niat kita dahulu. Kita perbetulkan juga perbuatan dan amalan kita.

Banyakkan bersedekah. Buat apa-apa pun mesti dengan niat. Niat itu mestilah kerana Allah taala.
Buat yang baik-baik semua kerana Allah taala.

Bantu orang lain untuk tambah nilai hidup mereka. Jaga amanah manusia selagi mampu.
Berbuat baik dengan orang tua atau kedua ibu bapa.

Amalkan bersedekah setiap hari, setiap pagi atau bila-bila masa. Sedekah bukan kira berapa besar nilai tetapi berapa ikhlas kita mampu bersedekah.

Semoga tahun ini dan tahun-tahun berikut menjadi tahun yang baik buat kita semua.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
www.facebook.com/noorizamshah

Anda mungkin berminat

Noorizam Shah

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah