Wednesday, May 6, 2015

Lubuk Pembekal TaoBao

Lubuk Pembekal TaoBao



Dah lama saya tak post topik berkaitan eBay.

Sehingga malam semalam, masih ada yang pm saya bertanyakan soalan mengenai eBay.

Sejak tahun 2008 saya mengendalikan sesi saya sendiri, agaknya tidak dapat lari dari orang mengaitkan saya dengan bisnes ini.

Tahun ini dan hujung tahun lepas saya memang perlahankan aktiviti dan berbicara mengenai topik lubuk duit lumayan ini.

Ia lumayan untuk "player" lama dan diakui platform ini agak mencabar kepada "player" baru.
Awal bulan Mei ini saya terima naskah ebook nukilan dua sahabat usahawan eBay iaitu saudara Saifulnizam Mokhtar dan saudara Ariel Collections mengenai satu lagi lubuk duit yang jarang diterokai oleh usahawan eBay di Malaysia.

(Rujuk link: http://noorizamshah.com/goto/taikotaobao)

Otai akan cakap, lubuk ni dah lama la bro... TAPI jika mereka yang baru bermula... AHHAAAA ini yang aku cari!

Lubuk pembekal dan produk ini bukan hanya popular untuk dipasarkan di pasaran eBay luar negara, malah ramai "player" menjadikan lubuk ini sebagai mendapatkan akses pembekal dan produk bagi pasaran tempatan terutama di Malaysia.

Seller di Lelong.my, Mudah.my, Facebook Group, Facebook Page, Website, Blog, ETsy pun ramai yang jual.

Kalangan kaum Tionghua, juga sangat ramai guna platform TAOBAO untuk dapatkan bekalan stok pada harga yang murah dengan kualiti yang setanding.

Tak seperti platform pembekal seperti Aliexpress, DHgate, Chinavasion (dan banyak lagi), Taobao menggunakan bahasa cina yang menyebabkan mereka yang tidak ada kemahiran memahami bahasa ini sukar untuk akses dan membuat kajian pasaran produk hot.

Malah jika dikaji dengan harga berbanding dari pembekal lain, harga di Taobao sedikit murah dan berbaloi.

Saya suka dengan penerangan sempoi tanpa berbelit-belit yang ditulis dan digambarkan oleh saudara SM dan AC bagaimana beliau menunjukkan langkah demi langkah kita boleh memahami maklumat dan berurusan di Taobao walaupun kita tidak tahu berbahasa cina.

SEMPOI BAK HANGGG!

Untuk lebih adil, saya sangat mencadangkan kepada anda, terutama usahawan kecil-kecilan yang selama ini berurusan dengan pembekal tempatan atau dari laman-laman web yang saya nyatakan, supaya melihat potensi pasaran di Taobao.

Tahun lepas, semasa saya sertai mini seminar Lelong.my, seorang tenaga pengajar pun syorkan saya Taobao sebagai medium untuk dapatkan bekalan.

KAU POIE LA KEK WEBSITE NI.. CONFIRM BULEH DAPEK GHOGO BAIK PUNYOOO!

Bagi anda yang mungkin suka order barang dari China, selepas ni boleh berkira-kira untuk lebih berjimat dengan hanya berurusan di laman web ini. Tak perlu lagi terbang ke China kerana semuanya boleh didapati disini*

Nasihat saya, apa juga platform yang anda ingin terokai, sebaik selepas anda menemui pembekal yang sesuai, pastikan anda tahu dan faham mengenai harga produk, harga kos penghantaran, kualiti produk, tempoh masa penghantaran, perkhidmatan penghantaran yang digunakan, nilai tukaran matawang semasa, jaminan stok, return dan refund policy.

NAK CERITA BANYAK.. KANG PANJANG JADI NASKAH EBOOK PULAK!

Sekali lagi, post ini akan membawa anda kepada link yang bakal menerangkan kepada anda mengenai potensi Taobao. Klik link:
http://www.noorizamshah.com/goto/taikotaobao

Menariknya anda akan diberi akses ke group support dari saudara SN dan AC khusus untuk anda yang mendapatkan naskah penting untuk ilmu bisnes anda!

P.s: Boleh buat duit tak jika saya beli ebook ini? Alang-alang buat bisnes, biar sampai untung berkali-kali.

P.s.s: Tuan Noorizam Shah suka ke ebook ini? Ya! saya suka! Syor saya beli sebelum ia naik harga!

Jumpa lagi,
NS

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search