Monday, December 29, 2014

FireSales Produk Usahawan Internet Untuk Misi Bantuan Bencana Negara Banjir 2014

FireSales Produk Usahawan Internet Untuk Misi Bantuan Bencana Negara Banjir 2014

Semua orang sekarang bertumpu dengan isu banjir di kebanyakan negeri. Banyak kawasan lumpuh akibat banjir besar yang melanda negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor.

Jika melihat gambar-gambar yang di upload oleh rakan-rakan di facebook, ada gambar umpama bencana selepas tsunami. Habis rumah dan kereta hancur musnah. Yang lebih menyayat hati ada mangsa yang bergelut dengan arus deras air dan ada yang mati lemas.

Bila bencana berlaku, banyak bantu mula dihulurkan oleh kebanyakan orang. Di tempat saya pun sudah banyak barang dikumpulkan untuk diagih-agih kepada mangsa banjir.

Minggu ini rakan-rakan usahawan internet di Malaysia telah berpakat dan berhasrat menyumbang produk-produk mereka bagi tujuan jualan amal dan 100% jualan ini akan disumbangkan kepada badan yang dilantik untuk membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga banjir.


Kepada anda yang berhasrat untuk membeli produk-produk yang dipakejkan dalam satu harga seterusnya menyumbang, sila rujuk link ini: http://rajakamil.biz/bah14/

Saya telah dimaklumkan, sumbangan untuk jualan hari ke-dua sahaja telah mencecah RM14,000. Kami mensasarkan lebih banyak sumbangan dapat dilakukan dalam masa 7 hari ini.

Jika anda seorang yang prihatin dengan nasib saudara kita yang sedang menghadapi musibah dan mahu turut serta, sila rujuk link http://rajakamil.biz/bah14/ sekarang!

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search