2015 Tahun Mencabar Ekonomi Diri?



Ada satu minggu lagi sebelum kita melangkah ke tahun 2015.

Di harap ada pencapaian yang berjaya kita lakukan pada tahun ini. Jika, masih tidak berkesempatan, teruskan rentak dan cipta kejayaan pada tahun 2015 nanti!

Hujung tahun 2014 ini, cabaran ekonomi semakin terasa terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Dengan subsidi minyak dimansuhkan, harga barangan makanan dan keperluan ada yang naik menyebabkan kemampuan kewangan bagi golongan bawahan semakin mengecil.

Sekarang ni, dengan sekeping wang kertas RM50, apalah sangat yang boleh dibeli. Untuk mereka yang berkeluarga, RM50 ni hanya mampu bertahan dalam beberapa hari sahaja.

Nak tak nak, kita kena ubah cara hidup kita. Pilihan masih ada. Samada kurangkan perbelanjaan atau tingkatkan pendapatan.

Jika kita mengharapkan kerja makan gaji memang agak sukar nak tingkatkan pendapatan. Yang boleh kita buat adalah kurangkan perbelanjaan. Tak kan nak tukar dari guna kereta kepada motor kot?

Biasa makan kat restoran, sekarang makan bawa bekal kat pejabat. Cara itu bagus untuk berjimat, tetapi kena ingat, keperluan lain masih perlu dibelanja juga.

Bagi yang ada anak kecil, lampin pakai buang dan susu mesti kena beli. Kalau sebelum ni guna produk berjenama dan berkualiti, mungkin boleh tukar kepada produk yang kualiti sederhana dan murah sedikit. Ya, pilihan itu ada.

Apa pun, untuk tahun 2015, kita jangan ambil jalan mudah dengan sekadar kurangkan perbelanjaan dan berjimat, tetapi ambil jalan untuk tingkatkan pendapatan kita.


Ada banyak cara untuk kita tambahkan pendapatan kita dengan buat kerja kedua secara sambilan. Jika sekarang kita perlu uruskan perbelanjaan dengan berjimat, kita juga perlu uruskan masa. Luangkan masa untuk buat kerja tambahan.

Ada banyak idea bisnes yang kita boleh buat untuk tambahan pendapatan sedia ada kita.

Sebelum anda menceburkan diri dalam bisnes ke dua anda. Pertama sekali lihat adakah bisnes itu memerlukan modal yang tinggi untuk bermula.

Ada bisnes yang memerlukan modal rendah dan pulangannya sangat sedikit.
Ada bisnes yang memerlukan modal yang rendah dan pulangannya banyak.
Ada yang bisnes yang memerlukan modal yang tinggi dan pulangannya banyak.

Pilih bisnes itu sesuai dengan kemampuan modal anda, masa, tenaga dan paling penting minat anda.

Hati-hati dengan model bisnes yang memerlukan anda duduk diam dapat duit. Ya, betul ada banyak model bisnes yang mampu beri pulangan sebegitu kepada anda tetapi fikirkan risikonya.

Jika anda bersedia dengan risikonya, tidak akan menangis akibat kerugian itu dan tidak bergolok gadai untuk buat bisnes itu, siapkan sahaja modalnya.

 Kalau tak, pilih sahaja model bisnes yang memerlukan anda berusaha dan melakukannya.





Antara bisnes yang mendapat tempat 2015 nanti:

- Program Affliliate
- Program Dropship
- Multi Level Marketing (MLM)
- Hartanah lelong
- Trading (jual beli produk)

Saya ada seorang rakan usahawan yang hanya menjalankan bisnes menjual sim kad telefon sahaja. Dengan modal permulaan tak sampai RM100, hari ini beliau berhasil menjana pendapatan pasif antara RM5000-RM7000 sebulan.

Tapi nak buat pendapatan sebegini bukanlah dengan hanya duduk diam dapat duit. Dia bina pendapatan sebegini dengan bersistem. Walaupun ada sistem, beliau masih perlu servis pelanggan beliau setiap hari. Maknanya, dia perlu minat dan berilmu dalam bisnes yang dilakukannya.

Kebanyakan yang berlaku kepada kita hari ini ialah kita tidak bertindak dengan cara bersistem bilamana kita mendapat ilmu bisnes. Dah ramai dari kalangan kita yang pergi seminar itu, seminar ini dan apabila balik dari program tu, kita masih blur tak tau nak mula macam mana.

Sangat kasihan jika ini terjadi kepada anda.

Tahun 2015, saya cadangkan anda tidak akan buat sesuatu kerana emosi. Jangan terpedaya dengan kata-kata manis seseorang jika emosi anda berada dalam keadaan tertekan, tersepit dengan masalah kewangan.

Fokus dan cari apakah kebolehan anda yang sebenar. Asah kebolehan anda itu dan tukarkan kebolehan anda kepada peluang menjana pendapatan.

Saya ada seorang rakan yang ada masalah hutang akibat jatuh bisnes sebelum ini. Namun beliau nampak peluang buat duit walaupun beliau tidak ada kebolehan dan kepakaran dalam bidang itu.

Disebabkan beliau seorang yang ada idea menarik, beliau gunakan idea itu dan tukarkan ia menjadi sumber pendapatan.

Apa yang dia buat?

Disebabkan dia duduk di kawasan bandar dan dia faham ramai di kalangan mereka yang tinggal di bandar dan ada masalah untuk buat terapi diri, jadi dia buat perkhidmatan salon rambut dari rumah ke rumah.

Selepas dia buat iklan di facebook, ada banyak permintaan dari bakal pelanggan. Sekarang masalahnya ialah untuk mendapatkan tukang rambut. Kemudian, dia iklan jawatan kosong kepada mereka yang ingin buat side income sebagai pendandan rambut.

Dan dia berjaya dapatkan 2 orang pekerja freelance. Akhirnya masalah untuk dapatkan pekerja dan customer dapat diselesaikan. Dia berjaya buat duit atas angin dengan idea bisnes yang hebat ini.

Saya harap tahun 2015 ini kita semakin bersedia dengan cabaran ekonomi sedia ada. Yang pasti bisnes seperti Multi Level Marketing (MLM) dan Skim Cepat Kaya akan muncul kembali akibat dari kegawatan ekonomi!

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Usahawan Internet



Anda mungkin berminat

perniagaan

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah