Mengapa Melakukan Networking Bisnes?

Perniagaan yang melibatkan jaringan dapat membantu mengembangkan potensi pendapatan sedia ada ke tahap yang lebih baik.

Ramai usahawan yang bergelar jutawan dilahirkan dalam perniagaan melibatkan networking.

Multilevel Marketing juga adalah perniagaan yang melibatkan networking. Saya mengenali mereka yang bersungguh dan tidak pernah mengenal putus asa di dalam bisnes ini dan hari ini pencapaian mereka boleh dibanggakan.

Memilih perniagaan yang melibatkan jaringan bukan satu perkara yang mudah. Ia bukan setakat kelebihan dan kekuatan produk tetapi turut melibatkan kekuatan syarikat dan pelan pemasaran.

Banyak syarikat tidak bertahan lama disebabkan pelan pemasaran dan produk yang tidak kuat untuk bertahan dalam pasaran.

Sebab itu sebagai individu yang bermatlamat untuk mencipta kejayaan di dalam bisnes network harus mendalami dan memiliki ilmu bukan setakat memahami latar belakang syarikat, pelan pemasaran dan kelebihan produk tetapi harus tahu bagaimana untuk membina network yang kuat.

Bisnes Multilevel Marketing bukan bisnes syok sendiri. Tidak wajar meletak kepentingan peribadi mengatasi kepentingan kumpulan jika ingin sukses dalam networking.

Bila kita bercakap mengenai bisnes network, kita tak boleh abaikan kumpulan yang dibina. Kekuatan pendapatan kita dalam bisnes ini juga hadir dari sokongan dan komitmen yang ditunjukkan oleh kumpulan.

Oleh itu mengabaikan kumpulan merupakan satu cara tidak sihat untuk perkembangan network.

Jika anda meletakkan prinsip bekerjasama dalam kumpulan, ia pasti akan membawa anda ke tahap yang lebih hebat dari apa yang anda jangkakan.

Bekerja dalam kumpulan ibarat memanjangkan kedua belah tangan. Capaian dan jangkauan jadi lebih jauh. Kejayaan lebih mudah dicapai. Cabaran lebih mudah ditempuh.

Namun sekarang kita lihat ramai yang mudah mengalah, menarik diri dalam bisnes network sedangkan mereka yang mencipta kejayaan bukannya diraih dalam waktu yang singkat. Mereka sendiri melalui pelbagai cabaran, halangan dan pandangan negatif masyarakat sehinggalah tiba masanya pendirian masyarakat berubah apabila mereka mula mengukir kejayaan dalam perniagaan ini.

Dato' Dr. Azman Ching merupakan jutawan dalam networking bisnes. Beliau mencipta kejayaan dalam bisnes ini bukanlah dalam waktu singkat.

Antara kata-kata beliau, "seseorang itu bukanlah diletak dengan sendirinya diatas gunung tetapi mereka mendaki sedikit demi sedikit untuk sampai ke puncak"

Anda mungkin berminat

perniagaan

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah