Kelab Pencinta Kucing


Sehari dua ni wife saya sibuk dengan kucing. Sejak bela anak kucing ni, asyik buka topik pasal anak kucing.

Hari ini asyik mengadap internet cari spesis baka kucing Persian Flat Face pula.

Alkisahnya, isteri saya bukanlah seorang peminat kucing. Dia ada sejarah hitam, dulu masa dia kecil pernah kena gigit dengan kucing. Sampailah dah 5 tahun kahwin ni pun masih takut kucing.

Suatu hari tu, semasa saya keluar berjalan di downtown Danau Kota, ada satu tapak niaga ni sediakan tempat untuk sesiapa yang berminat untuk ambil/bela kucing secara percuma!

Setakat ni saya tak pernah pula jumpa tempat dimana orang ingin beri kucing percuma. Biasa kucing-kucing peliharaan ini dijual. Lagi-lagi kat tempat niaga macam ni.

Masa sampai kat situ adalah seekor kucing baka persian dan malangnya kucing tu dah dapat tuan baru. So rezeki kami takda malam tu. Eh, tapi.... Kan isteri saya tak suka kucing?

Sebab tak ada rezeki malam tu, hasrat untuk bela kucing semakin membara. Haha. Isteri saya asyik minta saya ke Danau Kota untuk lihat kalau ada kucing baru lagi.

So dua hari kemudiannya kami pergi sekali lagi ke sana tetapi malang downtown Danau Kota pula tak beroperasi malam tu. Hah, menduga kami lagi. Haha.

Untuk tak hampakan harapan kami pergi lagi selang beberapa hari dan alhamdulillah dapatlah seekor kucing baka biasa yang berumur setahun lebih.

Bila kami bawa balik baru dua hari cuba lepaskan kucing ni di rumah kami, sekali kucing ni tak balik-balik dah... Ha pulak....

Macam-macam hal.

Atas sifat nak sangat ada kucing peliharaan sendiri kali ini isteri saya tak pergi downtown tetapi cari anak kucing di internet kot-kot ada orang nak beri percuma dan yessss...

Ada!

Rezeki untuk dapat anak kucing datang lagi. Yang ini usianya baru sebulan lebih. Dah pandai makan makan basah dan kering serta pandai buang najis kat pasir.

Anak kucing kacukan siammese ni kami namakan Melly. Kucing ni memang manja dengan tuannya.

Sekarang ni pun usia dia dah masuk 2 bulan lebih. Orang kata bela kucing ni akan buat tuan dua lagi penyayang. Betul ke?

Iyalah kot ;)

Sekarang ni hajat isteri nak anak kucing persiann pula. Seekor kalau di internet ada yang jual antara RM500-RM2000. Bergantung kepada baka. Lagi cantik lagi mahal.

Saya pun berkira-kira juga adakah berbaloi buat perlaburan untuk dapatkan baka kucing ini atau lebih baik saya laburkan wang itu membeli jongkong emas kannn?

Jumpa lagi,

Noorizam Shah


Anda mungkin berminat

siammese

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah