Thursday, December 15, 2022

Belajar dan Fahami apa itu Unit Trust

Belajar dan Fahami apa itu Unit Trust




Apa itu Unit Trust?

Kalau anda nak tau, unit trust ini ialah unit amanah. Unit amanah adalah skim pelaburan kolektif yang membolehkan anda sebagai pelabur dengan objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan dana bersama-sama dengan pelabur lain.

Adakah melabur dalam unit trust merupakan pelaburan terbaik?

Unit trust mungkin merupakan pelaburan terbaik, terutamanya untuk anda yang baru nak bermula tetapi ia mungkin tidak sesuai dengan citarasa setiap pelabur. Terbaik, sebelum anda melabur dalam unit trust pastikan anda memahami risiko anda dan memahami juga setiap produk perlaburan sebelum anda membuat sebarang keputusan pelaburan.

Macam mana nak buat keuntungan dalam unit trust?

Bila anda melabur dalam unit trust, anda akan melabur dalam dana dengan membeli unit dalam dana. Terdapat keuntungan modal apabila harga unit naik melebihi harga yang anda bayar untuk dana. Sesetengah dana membayar dividen. Harga setiap unit adalah berdasarkan nilai aset bersih (NAV) dana yang dibahagikan dengan bilangan unit tertunggak.

Apakah risiko melabur dalam unit trust?

Oleh kerana unit trust melabur dalam syarikat yang tersenarai di pasaran saham, risiko utama ialah nilai perlaburan anda boleh turun jika harga saham jatuh. Dari masa ke masa anda berharap pelaburan anda dapat pulih dan berkembang, tetapi prestasi tidak dijamin.

Bagaimana cara untuk keluarkan duit dari Unit Trust?

Untuk mengeluarkan wang daripada dana unit trust anda, anda perlu memberikan arahan bertulis kepada syarikat pengurusan unit trust atau platform pelaburan (termasuk arahan elektronik). Jika arahan itu diterima sebelum dana (harga pada hari itu), arahan anda akan diproses pada hari yang sama.

Berapa lama saya perlu "simpan" perlaburan unit trust?

Anda mestilah seorang yang bersedia untuk memegang pelaburan unit amanah anda sekurang-kurangnya lima tahun atau lebih bagi membolehkan dana anda meraih pulangan yang munasabah kerana syarikat yang dilaburkan oleh dana mempunyai masa yang mencukupi untuk mengembangkan keuntungan mereka.

Berapa jumlah yang sepatut saya letak dalam unit trust?

Walaupun mungkin lebih mudah untuk melabur hanya RM100 sebagai jumlah awal anda, lebih baik anda melabur sekurang-kurangnya RM1000 sebagai jumlah permulaan anda kerana ini akan membolehkan anda menghasilkan pulangan yang lebih tinggi dan mencapai matlamat jangka panjang anda dengan lebih cepat.

Berminat nak tau lebih lanjut mengenai pelaburan dalam Unit Trust? Anda boleh klik link ini https://wa.link/w3b9oi

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search