Tuesday, April 27, 2021

Kenapa Neelofa dan PU Riz Di Kompaun RM60,000?

Kenapa Neelofa dan PU Riz Di Kompaun RM60,000?


 

Selepas berbulan hari ni baru Neelofa dan PU Riz dikenakan kompau  RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dikatakan 20 orang ahli keluarga Neelofa dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang tanpa diskaun dengan jumlah keseluruhan RM30,000 atas sebab gagal nak buat penjarakan sosial masa Neelofa dan PU Riz akad nikah.

Sebab tu media tulis angka kompaun sampai RM60,000. Memang kesalahan ni pihak polis cakap takda diskaun.

Jadi Neelofa pasti dah bersedia dengan sebarang kemungkinan seperti dikenakan kompaun ni.

Sebelum ni ramai netizen bising apasal Neelofa tak kena sedangkan ramai rakyat marhaen kena kompaun ada yang kena RM1500. Ada yang kena RM10,000. Ada juga kes viral penjual burger kena kompaun sampai RM50,000!

Dengan situasi sekarang, kita sebagai marhaen still tak paham dengan tindakan pihak kerajaan dalam menguat kuasa undang-undang.

Ada banyak kes-kes yang terlepas pandang seperti majlis berbuka puasa golongan VVIP, majlis rasmi kerajaan, majlis berbuka puasa kat hotel, pusat membeli belah dan bila keadaan diperketatkan pula, ia menjadi tekanan kepada masyarakat.

Terasa dikurung, terkurung.

Nak buat aktiviti rasa macam serba salah. Mental dan emosi terganggu. Apabila Neelofa buat majlis besar-besaran siap jemput Menteri Agama sekali, macam ada signal nak mencabar prosedur SOP yang ditetapkan.

Orang akan kata. Kalau Neelofa boleh. Kenapa kami tidak boleh?



Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search