Wednesday, November 27, 2019

Jangan Abaikan Jika Sakit Period Teruk. Senggugut Jejas Sistem Peranakan

Jangan Abaikan Jika Sakit Period Teruk. Senggugut Jejas Sistem Peranakan



Jangan abaikan apabila anak gadis mengadu sakit senggugut berpanjangan kerana berkemungkinan mengalami masalah kesihatan pada sistem peranakan atau reproduksi.
Sakit ketika haid dalam kalangan remaja terutama selepas dua tahun pertama baligh, lazimnya berkait masalah endometriosis walaupun jarang berlaku ketika remaja.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Canselor Tunku Muhriz dan Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM PPUKM), Prof Dr Nur Azurah Abd Ghani, berkata sakit berpanjangan ini dikenali sebagai senggugut sekunder dan perlu diberi perhatian.
“Endometriosis berlaku apabila darah rahim masuk melalui tiub fallopian dan menitik ke atas organ lain seperti perut, kilang telur, usus dan rahim itu sendiri yang menyebabkan sakit ketika haid.
“Bagi orang biasa, tubuh mempunyai mekanisma untuk membersihkannya secara automatik tetapi penderita endometriosis, pembersihan ini tidak berlaku,” katanya.

Dr Nur Azurah berkata, lama-kelamaan titisan darah menjadi besar seakan-akan struktur stalagmit tergantung pada organ turut dikenali sebagai sista coklat kerana apabila dikeluarkan warnanya seperti coklat cair.
Sekiranya dibiarkan, endometriosis boleh menyebabkan sukar hamil dan kadangkala sakit ketika mengadakan hubungan kelamin.
Keadaan itu mengganggu kualiti hidup remaja terbabit kerana sering menahan sakit dan tidak dapat menyertai sebarang aktiviti apabila didatangi haid.
“Tiada rawatan memulihkan endometriosis kecuali puncanya dibuang iaitu membuang rahim tetapi ini tidak dibuat individu belum berkahwin.
“Biasanya doktor akan memberikan ubat tahan sakit atau terapi hormon bagi mengawal haid sekiranya ubat tahan sakit tidak berkesan,” katanya.
Punca lain sakit yang teruk ketika haid disebabkan ada septum atau dinding dalam faraj yang kadangkala disebabkan remaja terbabit memiliki dua rahim.
Pada asal pembentukan rahim secara semula jadi, wanita mempunyai dua rahim tetapi ia bercantum menjadi satu sebaik bayi dilahirkan tetapi dalam sesetengah kes, rahim tidak bercantum.
Rasa sakit apabila salah satu rahim tidak berfungsi dengan baik akibat tersumbat berikutan dinding yang menutup laluan aliran darah ke faraj.
“Biasanya pembedahan dijalankan untuk membuka laluan ini tetapi ia bergantung sama ada dinding berkenaan nipis atau tebal.
“Sekiranya tebal, lubang akan ditebuk untuk mengeluarkan darah tetapi kadangkala lubang yang ditebuk ini boleh tertutup dengan sendiri walaupun selepas beberapa kali di tebuk,” katanya.
Dr Nur Azurah berkata, jika masalah masih berterusan, rahim terpaksa dibuang kerana sekiranya dibiarkan, darah akan berkumpul dan menjadi nanah seterusnya menyebabkan sakit lebih teruk.
Adakala pembedahan ini dibuat secara berperingkat bagi memastikan tidak mengganggu.
Pada peringkat awal, pembedahan secara laparotomi atau laparoskopi akan dilakukan dengan menebuk rahim bagi mengeluarkan darah di dalamnya.
Selepas pembedahan, remaja akan diberi pil hormon untuk memberhentikan kitaran haid bagi memastikan darah tidak kembali terkumpul di dalam rahim bagi mengurangkan kesakitan.

il hormon itu diberi setiap bulan dan mengurangkan kadar pengambilan ubat tahan sakit yang boleh memberi kesan kepada fungsi buah pinggang.
Lazimnya, remaja ini hanya memiliki satu saja buah pinggang dan ia perlu dijaga dengan baik.
Dr Nur Azurah berkata, pembedahan membuang septum hanya akan dibuat apabila remaja itu sudah menamatkan pengajian.
Ibu bapa perlu lebih peka dan segera membawa anak masing-masing bertemu doktor sekiranya dilihat terpaksa menanggung kesakitan setiap kali didatangi haid.
Jangan biarkan anak menanggung sakit sendirian dan menganggap mereka mengada ngada kerana dia mungkin mengalami masalah di atas.
Info
* Senggugut primer:
- Sakit sehari atau dua hari
(Lazim sakit ini berlaku selepas 2-3 tahun didatangi haid)
- Atasi dengan makan ubat penahan sakit seperti ponstan.
* Senggugut sekunder:
- Sakit sepanjang haid
(Perlu ambil ubat tahan sakit yang berterusan)
* Senggugut disebabkan septum dalam faraj:
- Sakit di awal baligh
* Punca:
1. Endometriosis
2. Septum faraj

=====
Kalau anda jumpa doktor komplimentari atau ahli farmasi, banyak diantara mereka mencadangkan untuk ambil cara alternatif seperti pemakanan herba.
Tidak semua herba yang ada dipasaran dapat membantu mengatasi masalah sakit period yang teruk.
Namun, dapat banyak-banyak herba, ramai doktor komplimentari mencadangkan herba Horny Goat Weed. Herba ini mampu menstabilkan kitaran haid dan meredakan kesakitan period yang teruk.
Anda boleh amalkan herba ini semasa anda tidak datang bulan. Ambil 1-2 biji herba setiap hari selepas makan. Amalkan sekurang-kurangnya treatment 2-6 bulan secara konsisten.
Jika anda mahu ikhtiar ini, anda boleh cuba herba Emorra Episor. Herba ini mengandungi horny goat weed yang dikatakan begitu banyak khasiat.
Cuma herba ini. Memang tak rugi.


sakit senggugut tapi tak period
punca senggugut
sakit senggugut ibarat
urutan hilangkan senggugut
doa hilangkan sakit period
senggugut selepas bersalin
urutan senggugut
cara hilangkan senggugut selamanya












sakit senggugut ibarat
sakit senggugut tapi tak period
sakit senggugut macam mana
bagaimana rasa sakit senggugut
jenis senggugut
senggugut dalam islam
cuti sakit senggugut
cara hilangkan senggugut selamanya


urutan hilangkan senggugut
ubat senggugut di farmasi
pantang larang senggugut
cara hilangkan senggugut selamanya
sakit senggugut macam mana
senggugut sebelah kiri
urutan senggugut
panadol senggugut

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search