Sunday, January 21, 2018

Pejabat OneCoin Diserbu Pihak Berkuasa Bulgaria

Pejabat OneCoin Diserbu Pihak Berkuasa Bulgaria



Pejabat Onecoin di Sofia, Bulgaria telah diserbu oleh pihak berkuasa negara tu baru-baru ni. Onecoin didakwa menjalankan program skim piramid di 4 benua sehingga ramai orang terkeliru dan beranggapan Onecoin itu adalah sama seperti mana Bitcoin yang tidak berpusat.

Negara United Kingdom termasuk Jerman telah memberi amaran kepada lebih 3 juta ahli Onecoin supaya tidak terlibat dengan skim ini malah pengasasnya Roja Ignatova telah didakwa di mahkamah kerana menjalankan perniagaan berasaskan kewangan tanpa lesen.

Kita kat Malaysia pun ada isu sama juga. Bank Negara Malaysia memang pantau habis mana-mana program yang mengutip dana awam perlu dapat lesen dan berdaftar. Semua transaksi perlu di audit dan dilaporkan.

Kalau ada unsur manipulasi kewangan atau menjalankan program skim cepat kaya, memang korang cari nahas dan boleh didakwa.

Macam kes Onecoin ni, bayangkan berapa besar transaksi mereka dah collect dengan penglibatan 3 juta ahli? Dan semua aktiviti ini, pihak berkuasa negara tidak mendapat sebarang manfaat dan mengalami kerugian berjuta dollar dari cukai perkhidmatan.

Biarpun server Onecoin ini ditutup, pendakwa di Bulgaria percaya, operasi di negara lain masih lagi berjalan. Dari sumber mengatakan syarikat ini didaftarkan di UAE tetapi beroperasi di banyak negara dengan pasaran tumpuan utama mereka di negara Eropah.

Ada juga sekelompok ahli datang dari Malaysia, Indonesia dan negara Asia lain. Nasihat saya, dari korang layan program skim, lebih baik korang belajar potensi matawang kripto di coinmarketcap.com

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search