Wednesday, May 8, 2013

Tahniah Kerana Keluar Mengundi

Tahniah Kerana Keluar Mengundi

Tahniah kepada semua yang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sempena pilihanraya umum 13 hari ahad lepas.

Saya dan isteri juga berpeluang untuk mengundi. Isteri saya mengundi di Perak dan saya pula di Negeri Sembilan. Banyak yang kita boleh belajar sepanjang hari kempen lalu di mana banyak parti menggunakan media sosial sebagai salah satu alat berkempen.

Jika anda melayari mana-mana laman web, pastikan anda akan melihat kempen-kempen dari parti politik yang bertanding.

Di dalam group tertutup SertaiSeminar juga tidak kurang terkena tempias kempen-kempen dari bekas peserta seminar yang berlainan ideologi parti. :)

Kita boleh berkempen tetapi perlu ada had dan pertimbangan dimana tempat yang sesuai untuk kita menterjemahkan hasrat kita.

Biar pun pendirian dan ideologi parti kita berbeza, yang pasti matlamat perniagaan kita tetap sama. Alang-alang buat bisnes biar sampai jadi duit.

Untuk anda yang ingin mengikuti sesi Seminar Dropship Artsnow + eBay pada hujung bulan ini, anda boleh mendaftar segera di laman web http://www.sertaiseminar.com dan pastikan selepas membuat bayaran, isi borang di laman web atau sms terus ke 0166407479.

Setakat ini telah ada beberapa orang peserta yang mendaftar termasuklah peserta dari Brunei. Ya! Orang Brunei dan Indonesia pun boleh mendaftar sesi ini. Tiada masalah sebab sebelum ni pun ramai juga yang datang dari Brunei dan Indonesia di seminar kami di Kuala Lumpur.




Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search