Sunday, May 19, 2013

Pemasaran Produk di Keek? Sejauh Mana Potensinya?

Pemasaran Produk di Keek? Sejauh Mana Potensinya?

Apa itu KEEK?

Saya dah dengar pasal Keek ni sebulan lebih tapi baru beberapa hari ni saya daftar akaun Keek. Keek ni macam mini video. Kita boleh rakam video maksima 36 saat kemudian upload video untuk kita kongsi dengan pengguna Keek yang lain.

Ia semakin menjadi trend pengguna mobile phone upload video masing-masing dan ia mendapat respond yang cukup ramai dari kalangan follower masing-masing.

Apa yang saya perhatikan.. ramai artis dan selebriti yang guna Keek untuk berkongsi aktiviti harian mereka dan ini juga mendorong ramai pengguna termasuk ahli politik seperti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin juga banyak upload video di Keek berkongsi kisah karier politik beliau.

Saya sebagai seorang usahawan internet melihat, platform ini juga boleh membantu mereka yang menjalankan perniagaan untuk mendapatkan prospek. Sebagai contoh, anda create satu akaun Keek dan promosi produk kecantikan seperti ZARRA GLUTA C di Keek.

Dengan mewujudkan hashtag secara kerap.. secara tidak langsung anda membina trending dan mencipta virus yang cepat mereka ke dalam Keek.

Setiap kali anda upload video anda di Keek, anda boleh membenarkan video anda ini dipaparkan di Facebook wall anda atau mana-mana page yang diuruskan oleh anda.

Saya percaya.. selepas ni.. ramai usahawan atau golongan perniaga akan menggunakan medium ini untuk mendapatkan traffik atau prospek kepada produk mereka.

Anda sudah Keek? Jom follow saya di http://www.keek.com/noorizam


Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search