Tuesday, February 19, 2013

18 Sebab Sebenarnya Kenapa....

18 Sebab Sebenarnya Kenapa....

SEBENARNYA....

1. Org melayu nie pandai meniaga, marketing diorang lg power drp org lain. Buktinya tgk iklan2 di fesbuk, bersepah2 produk yg ditargetkan utk local market yg dijual oleh org kita.

2. Org kita juga kreatif, kalau masak ayak tue ada ayam kg, ayam masak merah, ayam rendang, sup ayam, nasik ayam, ayam percik, ayam panggang, dan segala mcm jenis ayam.

3. Lihat hanya dgn ayam shj, pelbagai cabang bisnes boleh dibuat, pelbagai focus niche kedai masakan ayam boleh di established.

4. Dari segi surface (jasmani) idea dan pelaksanaan mmg superb, betul beb cuba tgk bisnes2 org kita banyak yg unik dan bukan jenis biasa2 punya.

5. Malah kalau tgk fesbuk marketing org kita punya idea dan pelaksanaan lebih mantop dan lebih advanced drp geng2 mat salleh.

6. Tetapi di manakah silapnya apabila banyak yg mempunyai idea dan biz yg bagus yg sedang running cantik punya, tiba2 lenyap, tiba2 kena take over, atau jika yg dah idea sedang diwar2kan dalam tempoh pre-launch, tiba tak jadik buat.

7. Dari segi rohani inilah kebanyakan yg mengalami failure, gaduh dgn partner, partner telan duit, adik gaduh dgn abg, tak bayar duit supplier, ejen promosi, gelap mata, tikam belakang, sama2 partner buat biz sekali sampai satu ketika masing2 dah tahu, diorang split dan akhirnya dua dua tak kemana.

8. Those are the common problem yg biasa kita dengar, sampailan kebarangkaliannya bila sy berjumpa dgn org yg dahulunya buat sesuatu biz dan bila berjumpa tanya balik kenapa dah tak buat, mcm dah boleh agak mesti salah satu puncanya di atas.

9. On top of semua sebab musabab spt di point no 7 adalah, apabila mereka ada mentaliti tamak, nak cepat kaya, nak control semua, maka sgt mudah sesuatu biz itu untuk lingkup.

10. Dari segi konsep bisnes dan pelaksanaan yg dibawa memang takder masalah. Contoh mudah ginilah, "bang mat kenapa dah tak jual tv?" "alah sekarang nie org dah jarang beli tv banyak yg beli smartphone, mcm2 boleh buat" Itu jawapan yg kita expact jika kita tanya seseorang. Dan ini faktor jasmani.

11. Sebaliknya bila kita tanya "bang mat, kenapa dah tak jual tv?" "alah partner aku dah tahu lubuk, dia buat sendiri dan bukak kedai sendiri, untung lg besar". Faktor rohani yg menjadi sebab.

12. Kejatuhan sesuatu biz itu disebabkan oleh faktor rohani bukan faktor jasmani.

13. Ya memang bukan semua, tetapi secara DOMINANnya itulah sebab yg banyak berlaku dan ada org kata banyak bisnes fail 3 tahun pertama kan. Cuba tanya apa sebabnya?

14. Ilmu rohani ini banyak melibatkan diri kita dan ketuhanan. Hidup kita adalah perlu utk hablum minallah hablum minan nas, kalau org yg jaga hubungannya dengan allah, insya allah berpotensi tinggi dia juga akan menjaga hubungannya dgn manusia.

15. Oleh itu sebelum memulakan perniagaan, carilah ilmu rohani dahulu, bersihkan dalaman dahulu baru boleh cerita luar. Sebab yg dari dalam ini yg akan mencerminkan di luar.

16. Apabila dalaman oke, meniaga lah apa sekalipun insha allah tak 'sesat' jalan apabila mengetahui tujuan sebenar meniaga.

17. Banyak kisah di sekeliling kita, baik yg meniaga online, offline mahupun yg besar2 seperti company sapura di mana ayah dan anak bergaduh.

18. Islam itu agama yang baik suci dan tulus dan meliputi semua ruang drp kejiranan, perniagaan, kehidupan selepas di dunia, kaedah ajar anak, dll serta sesuai utk semua zaman, tetapi pengamalnya yg banyak mencemarkan imej islam.

Kredit kepada: Hakim Najili

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search