Thursday, January 19, 2012

Akaun eBay Seller Bakal Terjejas Pada 23hb Januari ini?

Akaun eBay Seller Bakal Terjejas Pada 23hb Januari ini?

Biar betul? Apa yang terjadi? Kenapa sampai boleh terjejas pula? Saya perlukan penjelasan... please... please... please...

Baiklah, sila baca apa yang saya nak tulis ni. :)

Akaun seller eBay bakal terjejas jika pembekal produk di China mula bercuti panjang sempena sambutan tahun baru cina pada 23hb Januari nanti. Dijangka ramai pembekal produk di China utamanya mengambil langkah tutup kedai dan bercuti hampir seminggu.

Sambutan tahun naga kali ini sudah pasti disambut dengan meriah siap ada tarian naga lagi. Hehehe.

Dari pengalaman saya, mulai minggu ini penjual di eBay yang membeli produk dari China akan memperlahankan pesanan dan tidak akan menerima pembelian. Namun ada juga penjual yang masih meneruskan jualan dan menerima bayaran seperti biasa, tetapi proses order akan dilakukan selepas pembekal memulakan operasi sediakala.

Jika anda merupakan pelanggan atau menggunakan servis perkhidmatan dari DHgate atau Artsnow. Pelajaran melalui sambutan tahun baru cina yang lepas mampu dijadikan rujukan dan panduan buat seller yang bercadang menjual produk-produk ini di eBay atau mana-mana web jualan.


Gambar kredit: Blog Chinavasion.com

Kesan dari hasil sambutan perayaan besar ini, kita sebagai penjual akan menerima kesan kepada prestasi akaun eBay. Memandangkan prestasi bergantung kepada DSR, anda perlu menitikberatkan ketetapan masa penghantaran produk kepada pelanggan. Jika tidak anda akan menerima padah mendapat rating yang rendah untuk kreteria ini.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menulis nota di dalam ruangan keterangan produk atau setting vacation bagi memaklumkan info-info cuti umum ini.


Semoga tips dan info ini dapat membantu anda menghasilkan jualan lebih baik di eBay.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search