Wednesday, December 21, 2011

Kisah Dua Sahabat Pablo Dan Bruno

Kisah Dua Sahabat Pablo Dan Bruno

Semua orang ada impian dan matlamat. Namun bagaimana kita merancang dan merealisasikan matlamat itu menjadi realiti.

Terdetik dihati untuk saya berkongsi kisah mengenai dua orang sahabat. Kisah ini pernah ditulis di dalam sebuah buku mengenai mengapa kita perlu membina paip kewangan.

Kisahnya bermula begini,

Sebelum sistem pengairan kita dimodenkan (seperti mana yang anda lihat pada hari ini) ada dua orang sahabat yang memang cukup rapat iaitu Pablo dan Bruno. Mereka sudah lama tinggal berjiran di sebuah kampung.

Mereka berdua mempunyai cita-cita yang sangat tinggi untuk berjaya di dalam hidup. Macam sembang kat kedai kopi, mereka bersembang dan bercerita jikalaulah mereka berdua ini dapat hidup kaya di kampung mereka, alangkah bestnya.

Semua orang kampung tahu mereka berdua ni sangat bijak, rajin dan kuat berusaha. Setiap hari mereka selalu memikirkan apakah peluang yang boleh mereka lakukan di dalam kampung. Jika ada peluang menebang pokok, mesti mereka akan menawarkan diri. Jika ada peluang membaiki jalan, mereka jugalah yang menawarkan diri.

Suatu hari peluang datang lagi. Kampung mereka memerlukan dua orang pemuda untuk bekerja sebagai pembawa air dari satu sungai seberang kampung ke perkampungan mereka. Alangkah seronoknya bila mereka menerima tawaran ini.

Namun, dari kuala sungai ke perkampungan mereka, ia mengambil jarak yang jauh. Setiap hari mereka akan membawa dua baldi, mengangkut air menggunakan kedua belah tangan, menjinjing sampai berjalan kaki hinggalah kembali ke kampung.

Mereka bekerja dari awal pagi hinggalah ke waktu senja dan setiap baldi mereka dibayar 10 sen.

"Apa yang kita impikan kini menjadi kenyataan” kata Bruno. "Seperti tidak percaya apa yang tuhan telah takdirkan pada kita berdua” tetapi Pablo hanya berdiam diri seakan-akan tidak bersetuju.

Belakangnya, pinggang terasa sakit sekali dan tangannya lebam-lebam akibat membawa baldi yang berisi air tadi. Pablo mula memikirkan cara yang lebih baik untuk membawa air dari kuala sungai untuk ke kampung.

Bermulalah kisah Pablo sebagai lelaki pembina paip air.

"Bruno, aku ada satu cadangan,” kata Pablo pada keesokan paginya. Sambil membawa baldi ke kuala sungai. Daripada kita mengangkut baldi setiap hari untuk 10sen setiap baldi, apa kata kalau kita membina satu sistem paip dari sungai terus ke kampung.”

Cadangan yang dikemukakan Pablo telah dipertikaikan oleh Bruno. "Sistem Paip? Siapa yang pernah buat seperti ini?" Nada perli dari Bruno. ”Kan kita dah ada cara yang baik, aku boleh bawa 100 baldi setiap hari. RM10 untuk setiap hari".

"Nah bukankah lumayan upahnya. Aku boleh jadi kaya. Hujung minggu ini aku boleh pergi membeli sepasang kasut yang suda lama aku idamkan. Hujung bulan aku boleh membeli seekor lembu pula.. 6 bulan yang akan datang aku pasti boleh membina sebuah rumah untuk ibu ku. Kita telah miliki pekerjaan yang paling baik di daerah ini. Kita diberi cuti setiap hujung minggu dan bonus tahunan setiap tahun. Kita telah miliki apa yang kita impikan selama ini. Pergi jahanam dengan sistem paip yang engkau cadangkan tadi”, teriak Bruno.


Sebagai seorang rakan yang mempunyai idea dan matlamat, Pablo tidak berputus asa dengan celaan dari rakannya tadi. Dia bercadang untuk bekerja separuh hari untuk mengangkut baldi dan separuh hari lagi untuk membina sistem paip yang beliau impikan. Rintangan yang paling ketara ialah kesusahan Pablo untuk mengorek lubang di tanah batu yang begitu keras sekali.

Jika dihitung, upahnya juga kini cuma tinggal separuh sahaja untuk setiap hari.

”Ahhh aku tak kisah, ini Cuma untuk sementara waktu sahaja” kata hati Pablo.

Ia cekal dan percaya dengan diri nya sendiri, dan beliau tahu ia mungkin mengambil masa berbulan lamanya untuk membina sistem paip yang beliau impikan.

Bruno dan orang kampong telah mula mengejek Pablo, mereka menggelarkan Pablo orang paip. Bruno yang mempunyai pendapatan 2 kali ganda lebih dari Pablo kini beliau memiliki sebuah rumah dan kereta kuda. Orang kampong ramai menyanjungi Bruno dengan usaha yang beliau lakukan untuk menjadi orang yang kaya di dalam kampung.


Setiap minggu Bruno menikmati hujung minggu yang sangat baik, berborak, berjenaka ramai rakan-rakan yang bersamanya. Pablo terus tekun membina sistem paip yang beliau impikan. Selagi sistem paip Pablo belum siap di bina selagi itulah segala usahanya belum berhasil.

Bayangkan, kerjanya sangat teruk sekali kerana beliau bekerja lebih masa setiap hari dan minggu. Pablo tetap bersemangat. Pengorbanan hari ini akan memberi hasil kejayaan yang pasti mengembirakan di masa akan datang. Beliau terus tekun mengali lubang dan menyambung paip setiap masa.

”Kesakitan, Kesusahan ini hanya bersifat sementara, Ia pasti di bayar selepas ini buat selama-lamanya” Bisik hati kecil Pablo.

Hari silih berganti dan bulan silih bertukar, suatu hari Pablo sedar paip yang di bina selama ini cuma tinggal separuh sahaja yang beliau perlu siapkan. ”Wah... Ini bermakna aku cuma perlu berjalan separuh sahaja , tak perlu lagi berjalan sehingga ke kuala sungai” kata Pablo.

Sistem paip Pablo semakin hari semakin hampir siap di sebabkan masa yang beliau jimatkan.

Semasa Pablo berehat seketika , Kelihatan Bruno sedang membawa baldi. Bahunya kelihatan senget dan sedikit bongkok akibat bebanan air yang di bawa. Keadaan Bruno begitu berbeza sekali dari awal awal beliau mula bekerja. Langkahnya tidak sepantas dahulu. Terdengar keluhan dari Bruno, betapa bodohnya diri beliau membawa baldi setiap hari untuk seumur hidup beliau.

Kini Bruno mulai kurang bersiar-siar disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Kerja keras setiap hari telah menjejaskan kesihatan beliau. Bruno tidak seceria dulu. Tidak lagi berjenaka dan kini tiada rakan-rakan nampak bersamanya. Bruno lebih suka menyendiri. Kadang-kadang kedengaran juga orang kampung memanggil beliau Bruno si pembawa baldi.

Berita Gembira buat Pablo...

Akhirnya hari yang dinantikan telah tiba. Sistem paip dari kuala sungai ke kampung telah siap di bina. Orang kampung, kehairanan melihat air bercurahan dari sungai terus ke kampung. Kini kampung mereka telah memilik air yang berterusan untuk siang dan malam. Ramai juga orang kampung bersebelahan telah berhijrah ke kampung Pablo untuk memiliki air yang bersih dan berterusan.

Nah.... kini Pablo tidak perlu lagi membawa baldi.

Air terus mengalir setiap masa tak kira siang atau malam. Bah kan ketika Pablo pergi ber siar-siar di waktu biasa beliau masih menerima pendapatan melalui sistem paipnya. Lagi banyak orang kampung menggunakan air, maka lebih banyak la juga pendapatan yang Pablo terima.

Kini orang kampung menggelarkan beliau sebagai seorang yang sangat ”Luar Biasa”.

Ketua kampung juga amat berbangga dengan kebolehan beliau dan memberi cadangan kepada beliau untuk menubuhkan sebuah syarikat.

Cerita Ini sebenarnya telah di ambil dari sebuah buku yang berjudul The parable of the Pipeline Burke Hedges.

------------------------------------------------

Pekerjaan adalah fenomena yang sama seperti kisah Pablo dan Bruno tadi. Jika anda bekerja dengan memperdagangkan masa dan tenaga anda untuk wang, anda seumpama pergi ke kerja setiap hari untuk ”mengisi baldi” dengan wang.

Mendapat pekerjaan yang lebih baik tidak akan menyelesaikan masalah ini. Ia hanya umpama membawa baldi yang lebih besar! Sebaik sahaja anda berhenti kerja, maka anda tidak akan mendapat sebarang pendapatan.

Apakata kalau anda bertindak seperti Pablo. Menjadi orang bijak dengan membina saluran paip agar wang dapat senantiasa mengalir ke dalam hidup anda walaupun setelah anda berhenti bekerja?


Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search