Adakala Kita Jahil

Adakala kita selalu menyalahkan orang lain. Kita menyalahkan keadaan, kenapa itu jadi begini, kenapa ini jadi begitu. Sebenarnya kita sedang diserang masalah alpa sehingga membuatkan kita sering terlupa kenapa kita harus hidup dimuka bumi ini.

Didalam kehidupan, kita dijadikan untuk memimpin. Yang lelaki menjadi khalifah dimuka bumi. Menyebarkan perkara-perkara kebaikan dan meninggalkan perkara-perkara yang membinasakan.

Apabila kita diciptakan sebagai makhluk tuhan, kita harus sedar, menjadi seorang manusia ada tujuannya. Harus kita tanya apakah tujuan kita untuk hidup? Selain melakukan ibadat wajib solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan berzakat, kita juga diminta berusaha untuk mengerjakan ibadah-ibadah yang memberi kebaikan kepada diri sendiri, keluarga dan umat.

Menjaga kesihatan itu juga ibadah. Apa guna sakit jika tidak boleh melakukan ibadah. Biar ada duit setinggi gunung sekali pun, tetapi kita tidak mampu memberi kebaikan kepada diri sendiri, keluarga dan umat, umpama kita hanya menyimpan helaian daun-daun kering yang tidak bermakna.

Rakan pembaca yang dihormati sekelian,

Bukanlah saya ingin menjadi seorang yang bijaksana dalam berkata-kata mengenai agama. Sebagai seorang penulis blog, adalah lebih wajar jika kita sentiasa berfikiran positif mengenai kehidupan sebagai manusia. Sebarkan perkara-perkara yang memberi kebaikan dan jangan kita musnahkan kehidupan ini dengan perkara-perkara yang merugikan.

Insya-Allah, Allah sentiasa bersama-sama mereka yang berusaha dan bersyukur.



Jumpa lagi,


Noorizam Shah

Anda mungkin berminat

perkongsian

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah