Friday, May 30, 2014

Peluang Pelajar IPT Mendalami Dunia Keusahawan Internet

Peluang Pelajar IPT Mendalami Dunia Keusahawan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahun 2014 saya banyak dijemput ke IPT dan IPTS untuk berkongsi pengalaman dalam bidang keusahawanan internet.

Semakin ramai usahawan internet di kalangan pelajar IPT dan IPTS muncul dan mencipta kejayaan yang baik di internet. Kebanyakan mereka bermula dengan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan sambilan.

Ada yang bermula dengan menjual produk kecantikan dan kesihatan, menjual pakaian dan tudung dan ada juga yang menjual produk makanan. Hari ini, kita boleh memulakan bisnes dengan modal yang sangat rendah dan kebanyakan dari pelajar mampu untuk bermula.

Anda boleh membeli stok dengan modal di bawah RM500. Dengan modal sebesar ini, anda mampu menghasilkan keuntungan antara 1-2 kali ganda. Duit modal dipusing beberapa kali sehingga mampu membeli stok dengan kuantiti yang lebih besar.

Atau anda boleh bermula dengan melakukan bisnes model dropship. Tanpa modal (biasanya banyak pemilik bisnes membuka peluang melalui penyertaan percuma), tanpa simpan stok, tanpa perlu pos barang.

Jika anda seorang pelajar yang sibuk dengan pelajaran dan menghadapi kekangan masa untuk packing dan pos produk, model bisnes dropship adalah sesuai dengan anda.

Anda perlu bijak menguruskan masa anda. Bila masa untuk lakukan promosi produk. Bila masa pula untuk submit order.

Sebagai contoh anda boleh inform bakal pelanggan anda seperti ini, "Sebarang pertanyaan SMS/WHATAPPS akan dijawab selepas jam 5.00p petang hingga 11.00 malam sahaja"

Jika anda mengamalkan bisnes dengan simpanan stok, anda boleh membuat penghantaran setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja. Sistem mengendalikan bisnes juga perlu anda ketahui. Jangan tau nak buat duit sahaja tetapi hal menguruskan perniagaan kita gagal.

Jika anda membuat carian dan kajian, anda akan mendapati ramai di kalangan pelajar Universiti yang kini sedang giat menjalankan perniagaan mereka. Ada juga yang semakin hebat apabila mampu mengeluarkan produk dengan jenama sendiri. Sebagai contoh, ada pelajar UiTM memulakan bisnes menjual tudung dalam talian secara kecil-kecilan. Kini bila dah tamat belajar, beliau dah mampu membina perniagaan sendiri.

Sangat-sangat berbaloi jika anda seorang pelajar, jika ada program-program berkaitan dunia keusahawan seperti taklimat, seminar, bengkel ataupun karnival, saya cadangkan anda ambil bahagian.

Dalami dan rasai pengalaman ini. Jika dulu, banyak universiti dan kolej tidak membuka ruang yang luas kepada pelajar dengan program seperti ini, kini tidak lagi.

Percayalah, potensi sangat besar untuk anda membina ekonomi diri yang lebih baik dengan menjalankan perniagaan di internet ataupun konvensional.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search