Malay Face Stock Photo, Kat Mana Nak Cari?

Apa gunanya stock photo ini?

Stock photo sangat penting buat pereka grafik untuk dapatkan bahan-bahan bagi kerja-kerja grafik. Stock photo ni biasanya cantik-cantik dan nampak lebih professional.

Kalau kita tengok laman web yang cantik-cantik dihasilkan oleh pereka grafik kebanyakannya diambil dari stock photo, diubahsuai menjadi tema sesebuah laman web ataupun gambar poster.

Dan satu lagi, gambar stock photo biasanya dibeli. Tidak semua diperolehi secara percuma. Jadi kat sini tidak timbul menggunakan gambar tanpa izin. Ye lah, kalau kita nak cari gambar, biasanya bersepah gambar di enjin pencari.

Google je image dengan keyword tertentu, confirm akan keluar gambar yang kita nak cari. Cuma bezanya gambar tu bukanlah dalam high resolution. Kalau nak edit dalam PS atau AI, confirm gambar tak berapa cun.


Jika anda seorang graphic designer, anda memang sangat-sangat perlukan stock photo untuk bantu mudahkan kerja-kerja grafik. Tak percaya, tanya Encik Dee dari World Designer. :)

Saya ni tak lah pandai dalam kerja-kerja grafik ini. Secara asas untuk guna photoshop tu, inshaAllah boleh. Bolehlah jika nak crop gambar, nak edit main-main color sikit.

Tapi kalau sampai tahap nak buat manipulasi macam dalam contest KukuBesi ni, belum tercapai lagi!

Jika anda seorang photographer yang boleh ambil gambar cantik dan meletop, boleh la try submit gambar anda dan jadikan ia sebagai stock photo.

Boleh submit kat sini: http://www.dreamstime.com/sellimages#res9082893

Anda pun boleh dapatkan royalti hasil jualan gambar-gambar anda kat website ni. Sekarang pun dah ramai yang hantar stock photo berwajah Melayu, Cina dan Asia. Cuma tak banyak je lagi.

Kalau dapat ditambah, saya pun nak beli gambar tu. Tak payah lagi saya cari model untuk projek bisnes saya. :)

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
www.facebook.com/noorizamshah


Anda mungkin berminat

world designer

Noorizam Shah

Jom follow saya di media sosial. Klik icon dibawah