Seramai tiga belas individu disenaraikan sebagai bilionair Malaysia 
yang baharu, menyertai Tan Sri Robert Kuok yang berpangkalan di Hong 
Kong yang berada pada kedudukan teratas selama sembilan tahun menerusi 
senarai terkini Individu Terkaya Malaysia oleh Forbes.
Kuok, 90, membina sebuah empayar perniagaan besar-besaran yang 
merangkumi minyak sawit, perkapalan, media, hotel dan hartanah, 
mempunyai aset bernilai AS$11.5 bilion (RM37.7 bilion).
Pemaju Kumpulan Kuok itu menduduki tangga teratas sejak 2006, 
walaupun nilainya sedikit menurun sebanyak AS$1.1bilion (RM3.28 bilion) 
pada tahun lepas.
Jutawan telekomunikasi, Tan Sri T. Ananda Krishnan juga kekal di 
tempat kedua, dengan nilai bersih AS$11.2 bilion (RM36.07 bilion).
Ananda, yang mempunyai empayar yang terdiri daripada syarikat 
telekomunikasi Maxis Communications Bhd, stesen TV berbayar dan 
penjanaan kuasa, turut menyaksikan sedikit penurunan dalam kekayaan 
berbanding sebelumnya bagi tahun ini iaitu AS$11.7 bilion (RM38.38 
bilion).
Pengerusi dan Ketua Eksekutif Genting Malaysia Bhd, Tan Sri Lim Kok 
Thay, yang menguruskan kasino di Bahamas, London, Singapura, Manila dan 
New York di samping kasino di negara ini yang berkembang di Genting 
Highlands, mengambil tempat ketiga, dengan saham bernilai AS$6.5 bilion 
(RM21.32 bilion ), bersama dengan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua dan 
ahli-ahli keluarga yang lain.
Naik satu tangga ke tempat keempat, mogul hartanah dan Pengerusi Hong
 Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan menyaksikan peningkatan kekayaannya
 sebanyak AS$6.4 bilion (RM21 bilion) daripada AS$1.6 bilion (RM5.25 
bilion), menjadikan beliau mendapat mencatatkan keuntungan paling besar 
dari segi dolar.
Adik-beradik Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman 
Shamsuddin bagi Sapura Group, di tempat ke-11, menyaksikan kekayaan 
bersih mereka meningkat sebanyak satu pertiga kepada AS$1.4 bilion 
(RM4.59 bilion) daripada AS$1.05bilion (RM3.44 bilion).
Walaupun ekonomi global yang tidak menentu, Malaysia kini mempunyai 
18 bilionair, dengan warga Thai yang bermastautin lama di Malaysia, Tan 
Sri Surin Upatkoon, berada di kedudukan ke-13.
Disenaraikan buat kali pertama, Datuk Mokhzani Mahathir, yang 
merupakan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berada di
 kedudukan ke-15 selepas mencatatkan peningkatan 22% daripada saham 
minyak dan gas itu.
Seorang lagi yang merupakan bilionair buat kali pertama adalah 
Pengasas dan Naib pengerusi Eksekutif Tropicana, Tan Sri Danny Tan Chee 
Sing di tempat ke-16, yang melihat lonjakan kekayaan sebanyak 121% 
kepada AS$1.15 bilion (RM3.77 bilion) daripada AS$520 juta (RM1.7 
bilion) pada tahun lepas.
Bagi mendapatkan senarai penuh, boleh layari laman web http://www.forbes.com/malaysia.