Friday, August 16, 2013

Bakat Selling, Trading, Mengurus Sales

Bakat Selling, Trading, Mengurus Sales

Bakat selling....
Bakat mengurus sales....
Bakat trading....

Banyak orang Melayu menyangka orang yang pandai menjual adalah juga orang yang pandai berniaga.

Malah dalam kalangan salesman pun ada yang menyangka perkara seperti itu. Disebabkan mereka pandai menjual, maka mereka percaya mereka pandai berniaga.

.

Dalam perniagaan ada 2 perkara yang sangat penting dijaga dalam hala-ehwal sales syarikat.

1. Mengurus prestasi pasukan sales kita. Banyak buku berkenaan hal ini, dengan tajuk "Managing Your Sales Team".

2. Mengurus sales itu sendiri. Banyak peniaga Melayu sibuk menjual sahaja. Mereka tidak menjalankan kerja-kerja pengurusan jualan. Banyak buku berkenaan hal ini, dengan tajuk "Sales Management".

.

Orang bisnes tidak perlu mempunyai bakat menjual. Kita boleh membeli bakat itu dari pasaran yang ada. Ambil salesman yang terbaik untuk menjadi salesman kita.

Orang bisnes perlu mempunyai ilmu asas tentang pengurusan pasukan sales dan ilmu pengurusan sales syarikat.

Dengan memiliki kedua-dua ilmu itu, kita dapat melantik salesman yang mempunyai bakat mengurus jabatan sales kita.

Kita juga dapat menurunkan kepada mereka perkara-perkara yang sangat penting diberikan perhatian bagi meningkatkan jualan.

.

Bakat trading....

Bakat trading dan bakat selling tidak serupa. Kedua-dua bakat itu sangat berbeza.

Orang yang pandai menjual belum tentu pandai berdagang. Salesman tidak semestinya pandai menjadi trader.

Trader tahu apa yang dapat dijual. Tetapi dia belum tentu tahu bagaimana hendak menjualnya!

Salesman hanya pandai menjual. Trader pandai membeli dan menjual semula.

Bakat trading dapat menjadikan kita pemimpin syarikat korporat yang mempunyai puluhan malah ratusan salesman bekerja dalam syarikat kita.

Ahli-ahli ABS patut melakukan self-audit ke atas bakat masing-masing.

Jangan-jangan kita mempunyai bakat yang amat berharga dalam bisnes yang selama ini tidak kita sedari lalu kita abaikan.

Jangan-jangan bakat kita di tempat lain, tetapi bisnes kita di tempat lain.

- Mentor Bisnes, Puan Ainon Mohd

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search