Thursday, May 3, 2012

Penipuan Terancang. Berhati-hati Apabila Berurusniaga

Penipuan Terancang. Berhati-hati Apabila Berurusniaga

Perkara ini telah banyak kali disentuh. Hakikatnya masih ramai yang alpa dengan kisah yang telah berlaku sebelum ini.

Penipuan terancang.

Anda mungkin terdedah dengan aktiviti penipuan. Ia boleh berlaku samada di atas talian atau tidak. Tidak kira platform bisnes. eBay, Facebook, Lelong, Mudah, Apeje, Website, Blog atau emel. Sesiapa sahaja boleh terdedah dengan penipuan termasuklah diri saya.

Jadi, untuk mengelakkan anda ditipu oleh mereka yang tidak bermoral ini, pastikan anda perlu tau beberapa etika ketika melakukan urusniaga di internet.

Dalam post ini, saya ingin sentuh kisah benar yang dikongsikan oleh rakan saya mengenai bagaimana beliau hampir-hampir ditipu di dalam urusan jual beli produk di laman web Mudah.my

Kisahnya dimana kawan saya ini nak jual kamera digital di Mudah.my

Suatu hari, beliau dapat panggilan dari seorang wanita yang berminat untuk membeli kamera digital ini. Dengan alasan, wanita ini telah menghilangkan kamera milik rakannya dan beliau diminta untuk menggantinya semula, jadi wanita ini telah bersungguh-sungguh untuk membelinya.

Nak dijadikan cerita, semasa nak buat pertemuan dan melakukan urusan pembayaran, wanita berkenaan telah menghubungi rakan saya ini untuk bertemu dengan seorang lelaki yang didakwa sebagai rakannya. Rakannya ini akan membayar wang kepada rakan saya ini.

Pada awalnya, pertemuan dirancang disebuah pusat membeli-belah, tetapi wanita ini berkali-kali meminta supaya rakan saya ini buat pertemuan di sebuah bank.

Atas niat memang nak sangat jual kamera digital ini, beliau pun pergi ke bank untuk bertemu dengan lelaki yang didakwa sebagai rakan kepada wanita berkenaan.

Sewaktu bertemu dengan lelaki itu, wanita berkenaan telah call lelaki tersebut supaya lelaki itu lakukan bayaran ke dalam akaun bank wanita berkenaan (duit yang dimasuk atas nama seorang lelaki). Rakan saya mula rasa sangsi dan timbul persoalan kenapa lelaki itu tidak beri sahaja wang tunai kepadanya sedangkan barang sudah ada di depan mata.

Dakwa lelaki itu, wanita itu berkali-kali suruh masukkan wang ke dalam akaun bank wanita berkenaan kerana takut rakan saya ini telah naikkan harga (mark up) dan menjual kamera digital ini pada harga yang tinggi kepada lelaki ini.

Untuk pengetahuan anda, wanita tersebut sebenarnya telah awal-awal lagi beritahu lelaki ini yang beliau akan bertemu dengan rakan saya ini yang didakwa sebagai rakan kepada wanita berkenaan. Pulak.

Anda nampak sekarang bagaimana wanita ini buat mastermind untuk scam salah seorang daripada mereka.

Akhirnya, selepas lelaki itu memasukkan wang ke dalam akaun bank wanita berkenaan dan call wanita berkenaan, terus wanita tersebut tidak lagi menjawab dan mematikan telefon bimbit.

Selepas disoal, lelaki itu sebenarnya menceritakan yang beliau ingin membeli kamera digital dan melihat ia dijual pada harga rendah di laman web Mudah. Penjual itu adalah wanita itu. Apabila wanita ini mula mendapatkan mangsanya, wanita ini akan mencari penjual yang betul-betul mempunyai kamera digital untuk dijual dan merancang urus niaga seperti modus operandi diatas.

Sekarang lelaki yang masukkan wang tadi telah berputih mata. Beliau telah ditipu dan rakan saya hampir-hampir juga menyerahkan kamera digital kepada lelaki ini, jika tidak yang berputih mata rakan saya ni.

Kes ini telah dipanjangkan dan telah pun dilaporkan kepada polis. Laporan dibank juga telah dibuat. Lelaki yang kena tipu ini berkata, dia akan cari wanita ini sehingga jumpa.

----------------------------------------------------------------------

Kisah diatas jadikan pengajaran. Jangan mudah terpedaya dengan modus operandi macam ni. Jika anda hadapi situasi seperti ini pastikan anda dapatkan penjelasan sebenar sebelum lakukan final transaction. Ambil masa sebelum buat serahan terakhir. Berbual dengan penjual atau pembeli anda. Lihat reaksi mereka samada mereka tergesa-gesa, gelisah atau kelam-kabut. Jika mereka mewakilkan orang lain, pastikan buat pengesahan beberapa kali.

Nak kena tipu ini, kat mana-mana pun boleh kena tipu. Apa yang penting, kita perlu ada kesedaran, kena ada ilmu, sentiasa merujuk (seperti info yang ada dalam blog ini).

Jumpa lagi. Jangan lupa vote blog ini untuk Anugerah DIGI Awards disini: http://bit.ly/digiwwwwow. Sokongan dan undian anda amatlah diperlukan untuk memberi semangat kepada saya untuk lebih banyak menulis, menyumbang artikel dan berkongsi info serta panduan bermanfaat kepada anda.

Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search